PDRM Hadapi Cabaran Getir Pada Awal Tahun 2025

PDRM dijangka bakal menghadapi cabaran getir pada awal tahun 2025 dengan menyaksikan beberapa perlawanan penting bakal dilalui pasukan berkenaan di saingan Liga Malaysia (Liga M).

Terdahulu, skuad kendalian P. Maniam menampilkan aksi cukup baik pada dua perlawanan lalu bagi saingan Liga Super serta MFL Challenge Cup menerusi siri kemenangan diraih.

Bermula dengan kemenangan besar 5-0 mengatasi Kelantan Darul Naim (KDN), momentum positif itu diteruskan melalui kejayaan mengetepikan Melaka FC menerusi keputusan 2-1 bagi aksi suku akhir Challenge Cup.

Tujuh gol serta hanya dibolosi satu gol menyaksikan statistik semasa The Cops sangat menyakinkan terutama sekali membabitkan posisi serangan mereka yang serba ampuh.

Malah, penyerang import kelahiran Nigeria iaitu Ifedayo paling menyerlah buat posisi serangan PDRM kini setelah beliau tampil meledak lima gol pada dua aksi tersebut.

Walaupun begitu, pasukan tersebut bakal menghadapi beberapa aksi cukup getir pada awal tahun 2025 dan ini memberi cabaran kepada mereka untuk terus mengekalkan momentum semasa.

Ianya bermula dengan perlawanan bertemu Kuching City yang dianggap pasukan cukup sukar untuk diatasi pada musim ini pada 11 Januari, sebelum mereka mencipta perhitungan separuh akhir pertama Challenge Cup menentang Kedah Darul Aman selang tujuh hari kemudian.

“Kedatangan tahun 2025 akan memberi kami ujian getir kerana berhadapan jadual sukar dalam beberapa perlawanan penting bermula dengan bertemu Kuching City dalam aksi liga dan kemudiannya bertemu Kedah Darul Aman, bagi Piala Cabaran.

“Kami perlu beri tumpuan kepada satu perlawanan ke perlawanan lain. Kedua-duanya (Liga Super dan Piala Cabaran) penting.

“Untuk itu kami perlu perkasakan lagi bahagian serangan dan tengah dalam memastikan keupayaan pasukan lebih terserlah pada semua cabaran berkenaan,” kata Maniam menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Maniam mengakui PDRM bakal menghadapi aksi getir pada perlawanan bertemu Kuching City tidak lama lagi selepas beliau kehilangan beberapa tonggak utama untuk dibawa turun.

Dua pemain yang tidak dapat dibawa turun ialah Ifedayo Olusegun serta Aremu Timothy kerana masing-masing sedang menjalani hukuman penggantungan dan Maniam bakal mempersiapkan Shahrel Fikri serta Hadi Fayyadh untuk menerajui serangan PDRM.

“Saya mengharapkan pemain dapat kekalkan fokus dan berusaha bersungguh-sungguh pastikan kemenangan dicapai dalam aksi di tempat sendiri itu nanti,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN