PDRM FA Anggap Hutang Tak Banyak Sangat, Cuma Sekitar RM1 Juta, Sasar ‘Top 5’

PDRM FA memiliki tunggakan gaji pemain sekitar RM1 juta. Namun mereka memberikan jaminan bahawa proses pembayaran itu sedang dibuat pada ketika ini.

Dan PDRM FA tidak mahu perkara itu mengganggu fokus mereka dalam kempen Liga Super 2020, dan bangkit semula seperti mana yang mereka pernah lakukan satu ketika dahulu.

Mereka hadir ke Liga Super dengan status pasukan yang menamatkan saingan di tangga keempat Liga Premier 2019. Namun mereka dinaikkan kerana Pulau Pinang dipotong enam mata dan pasukan JDTII tidak boleh naik ke Liga Super, kerana statusnya sebagai pasukan pembangunan JDT.

Agak ironi, pasukan Pulau Pinang dipotong enam mata kerana isu gaji pemain. Dan kini PDRM FA berhutang RM1 juta, kerana tunggakan gaji pemain pada musim lalu.

Belum pun mereka menyepak bola untuk musim Liga Super 2020, PDRM FA sudah diberikan surat amaran oleh FAM agar menyelesaikan tunggakan gaji pemain mereka itu.

Dipetik dari Goal.com, Setiausaha Kehormat PDRM FA, ACP Zulkefly Yahya berkata: “Kami telah bersetuju untuk membayar 90 peratus tunggakan gaji kepada pemain secara ansuran, dan kami telah pun mula membuat pembayaran bulan ini.”

“Pastinya, tarikh pembayaran melepasi tarikh akhir yang diberikan oleh FAM, tetapi kami dibenarkan berbuat demikian jika jadual pembayaran itu dipersetujui oleh pemain.”

Beliau kemudian menegaskan bahawa tunggakan mereka tak besar sangat iaitu sekitar USD250,000 sahaja ataupun sekitar RM1 juta.

Beliau menambah lagi: “Baki 10 peratus adalah melibatkan pemain asing, tetapi ini tidak bermakna mereka tidak bersetuju dengan pelan pembayaran itu, kami cuma tidak dapat menghubungi, sama ada mereka, atau wakil mereka.”

Selain itu PDRM FA menyatakan mereka mahu mendapatkan sekurang-kurangnya 4 pemain import bagi menguatkan pasukan mereka pada musim baharu.

ACP Zulkefly Yahya juga mahu mengimbangi bil gaji mereka musim ini dengan meletakkan lebih ramai pemain dari kalangan pegawai polis. Namun pada masa yang sama beliau mahu memastikan pemain-pemain tempatan berkualiti dan pemain import berkualiti membantu menguatkan lagi pasukan ini.

PDRM FA akan menjadikan Stadium Cheras sebagai ‘home’ mereka musim ini. Hal itu disahkan oleh Pengurus pasukan, Datuk Khalil Azlan Chik.

Sementara jersi mereka akan dihasilkan oleh Al-Ikhsan. PDRM mensasarkan untuk menamatkan saingan di kelompok lima pasukan teratas.

Khalil berkata: “Dengan apa yang kami ada, kami mahu menamatkan saingan di kelompok 5 pasukan teratas.”

PDRM FA turut mengumumkan tajaan oleh RedOne. Namun pihak RedOne engggan menyatakan jumlah tajaan mereka kepada Goal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN