PDRM Berpeluang ‘Balas Dendam’ Pada Aksi Berdepan Sri Pahang

PDRM dianggap memiliki peluang mereka pada perlawanan hari ini di saingan Liga Super 2024/2025 untuk meraih tiga mata seterusnya selepas melihat kepada prestasi semasa dilakar oleh pelawat iaitu Sri Pahang.

Rekod pertemuan kedua kelab tersebut musim ini jelas ibarat sebuah mimpi ngeri kepada Sang Saka Biru, apabila mereka melakar kekalahan besar 1-5 sebelum itu di tangan Tok Gajah pada 15 September tahun lalu.

Pada aksi lalu, PDRM tampil serba tidak menjadi di segenap posisi sehingga menyaksikan Sri Pahang mudah untuk mendapatkan kemenangan besar pada halaman sendiri dengan menyakinkan.

Namun, jika dilihat pada reputasi semasa kini jelas ia merupakan suatu peluang buat PDRM untuk mencipta kebangkitan sekali gus sebagai misi balas dendam mengatasi Tok Gajah.

Beraksi di halaman sendiri hari ini, ia juga merupakan suatu peluang buat PDRM untuk terus meraih tiga mata penting sekali gus memperbaiki kedudukan semasa Liga Super 2024/2025.

Untuk aksi itu, Semuanya BOLA menyenaraikan tiga pemain tumpuan yang dijangka bakal memainkan peranan besar sepanjang perlawanan tersebut berlangsung.

Bruno Suzuki (PDRM)

Pemain sayap lincah PDRM ini boleh dianggap sebagai salah satu faktor kekuatan pasukan tersebut daripada segi kreativiti memperoleh jaringan sejak musim lalu.

Bruno bukan sahaja memiliki skil kawalan bola dan kepantasan yang baik untuk mengatasi pertahanan lawan, sebaliknya pemain itu turut kreatif serta tajam di hadapan gawang gol dengan ia sudah pun dibuktikan pemain kacukan Brazil-Jepun itu.

Musim ini menyaksikan Bruno sudah memberi banyak sumbangan gol buat PDRM dan kerajinan beliau untuk terus bergerak ke serata arah antara yang perlu dipantau oleh Sri Pahang pada aksi itu.

Shahrel Fikri (PDRM)

Mungkin ini menjadi salah satu musim terbaik buat Shahrel apabila beliau diberi peranan untuk bermain di posisi sayap kanan dan pemain itu tampil dengan sangat menyakinkan.

Lebih dikenali selaku penyerang utama sebelum ini, Shahrel tampil berbeza bersama PDRM apabila beliau lebih kerap diberi peranan selaku pemain sayap kanan dan memberikan impak cukup besar.

Bekas pemain Harimau Malaya itu tampak menggunakan aset kepantasan dan ketajaman beliau dengan cukup baik di posisi sayap kanan sehingga menyaksikan beberapa pasukan berstatus elit pernah dikejutkan Shahrel.

Kpah Sherman (Sri Pahang)

Penjaring berbisa Sri Pahang itu tidak boleh dipandang remeh walaupun statistik jaringan beliau pada musim ini tidak begitu memberansangkan bersama kelab tersebut.

Setakat ini, Kpah sudah merekodkan sembilan gol secara keseluruhan buat Sri Pahang dan bukan hanya ketajaman beliau menjadi aset kelab, tetapi kreativiti serta kebijaksanaannya memanipulasi pertahanan lawan.

Kekuatan fizikal dan kelicikan menjadi antara faktor kekuatan Kpah pada saingan musim ini dan beliau telah meledak dua gol ketika aksi pertama menentang PDRM lalu.

Pastinya para pertahanan Sang Saka Biru perlu tampil lebih berhati-hati pada perlawanan hari ini demi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN