PDRM bakal menghadapi aksi Liga Super mereka pada malam ini dengan pertemuan seterusnya dianggap sangat getir selepas pasukan tersebut akan membuat perhitungan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dalam aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) malam ini, segalanya tampak sukar buat PDRM untuk mencatat kemenangan kerana lawan mereka kini berada dalam momentum cukup baik.
⚔️ | GAME DAY! #LigaSuper2023 🏆
In football, nothing is impossible. We face off against Johor Darul Ta’zim at the Sultan Ibrahim Stadium!
Kick-off time is 9:00 PM 🔵🔴
You can catch the game LIVE at TV OKEY & GO! 📺 #pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace #jdtpdrm pic.twitter.com/7BE0VLyBWf
— PDRM Football Club 🇲🇾 (@officialpdrmfc) September 27, 2023
Sebelum itu, PDRM juga mencatat keputusan positif dalam perlawanan suku akhir pertama Challenge Cup setelah pasukan kendalian Datuk Yunus Alif itu merekodkan kemenangan 2-1 bagi mengatasi KL Rovers.
Pastinya kini The Cops berada dalam momentum cukup baik bagi mengharungi aksi seterusnya berdepan JDT biarpun sedar akan cabaran getir bakal dilalui pasukan tersebut di SSI yang dikelilingi penyokong setia Harimau Selatan.
Untuk rekod, kedua pasukan tersebut sebelum itu sudah pun membuat perhitungan sebanyak dua kali ketika dalam saingan Piala FA serta aksi Liga Super dengan keduanya berpihak kepada JDT.
Walaupun begitu, PDRM juga tampil dengan kualiti permainan menyakinkan selepas mereka mampu memberi cabaran sengit sepanjang dua aksi tersebut serta tidak menjadi mangsa belasahan seperti sesetengah pasukan lain.
Malah, kali terakhir pertemuan kedua pasukan tersebut juga menyaksikan PDRM hanya mencatat kekalahan tipis 0-1 sahaja di tangan JDT menerusi jaringan tunggal yang diledak Fernando Forestieri pada minit ke-61.
Tampil sebagai salah satu pasukan yang mempunyai disiplin pertahanan cukup tinggi, pastinya Yunus mempunyai percaturan tersendiri untuk memastikan PDRM kekal tidak menjadi mangsa belasahan pada musim ini.
Selain itu, PDRM juga memiliki beberapa pemain yang berkualiti di posisi serangan untuk mewujudkan peluang gol pada perlawanan tersebut seperti Ahmad Nabil Latpi, Uche Agba, Mario Arques, Bruno Suzuki serta lain-lain.
Apapun, mereka juga tetap perlu berwaspada dengan kualiti dimiliki JDT yang sehingga kini dianggap tidak mempunyai sebarang kelemahan menerusi percaturan taktikal atau posisi para pemain.
Kelincahan Arif Aiman Hanapi pastinya akan menjadi subjek utama buat pertahanan PDRM dalam usaha mereka untuk cuba mengekang kelincahan dimiliki bintang muda tersebut di posisi serangan.
📸 | PDRM FC menjalani latihan terakhir sebelum aksi liga super menentang JDT esok.
🏟️ Sultan Ibrahim Stadium
🗓️ 27 September / Wednesday
⏰ KO – 9:00 PM
📺 TV OKAY & GO#pdrmfc #sangsakabiru #upthecops #atourownpace #jdtpdrm pic.twitter.com/NAues3geuC— PDRM Football Club 🇲🇾 (@officialpdrmfc) September 26, 2023
Malah, penyerang berbisa JDT iaitu Bergson da Silva juga kini berada dalam momentum cukup baik selepas merekodkan dua jaringan peribadi pada aksi lalu sewaktu berdepan Negeri Sembilan.
Apapun, dijangka aksi malam ini hadir dengan lebih sengit dengan PDRM sudah tentu tidak memberi laluan mudah buat JDT merekodkan kemenangam di halaman sendiri.