PBSNT Tunggu Permohonan Rasmi Daripada Lee Tuck Untuk Didaftarkan Sebagai Pemain Tempatan

Lee Tuck

Baru-baru ini pemain tengah import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck menyatakan minat beliau untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya melalui status sebagai pemain warisan negara (kacukan) pada perlawanan antarabangsa yang akan datang.

Namun begitu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan belum dikemukakan dokumen yang sah untuk membuktikan beliau mempunyai pertalian darah dengan Malaysia sekaligus merumitkan proses pendaftaran pemain itu sebagai pemain tempatan.

Disebabkan itu, skuad kebangsaan mungkin terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu kerana perlu mendapatkan dokumen lengkap membabitkan status neneknya yang dikatakan berasal dari Malaysia.

Malah, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut menegur Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak membuat tindakan susulan mengenai perkara itu kerana urusan pendaftaran perlu dilakukan oleh majikan pemain itu sendiri di Jabatan Pendaftaran Negra (JPN).

Lee Tuck, Terengganu FC, Irfan Bakti
Lee Tuck Raikan Jaringan Kamal Azizi ketika menentang JDT dalam aksi MSL. (Foto: ROZAINAH ZAKARIA/NST)

Mengulas mengenai isu tersebut, Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil berkata dalam Berita Harian, setakat ini pihaknya masih belum menerima permohonan rasmi daripada pemain tersebut dan sedia membantu untuk melancarkan proses perdaftaran.

“Kita tidak ada masalah dan sedia uruskan pendaftaran pemain itu sebagai pemain tempatan, tapi setakat ini kita tidak menerima sebarang permohonan secara rasmi daripada pemain itu sendiri, cuma hanya cakap-cakap dan melalui media.

“Ini kerana permohonan itu seharusnya bermula daripada pemain itu sendiri, jika pemain itu betul-betul berminat dia perlu mengemukakan dokumen lengkap yang diperlukan bagi memudahkan urusan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Ini kerana kita tidak mahu memaksa pemain itu kerana implikasinya besar yang membabitkan kewarganegaraan. Oleh itu keputusan muktamad ada pada pemain itu sendiri untuk membuat keputusan sama ada berminat menyarung jersi pasukan negara ataupun sebaliknya,” katanya.

Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM turut memberi tempoh dua minggu kepada Jabatan Skuad Kebangsaan untuk mendapatkan dokumen berkaitan bagi membolehkan Lee Tuck mewakili negara dalam aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2022, bermula Jun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN