PBSNT Tidak Pernah Halang TCFC, Nasib TFC II Masih Samar

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Mohd Syahrizan Mohd Zain menafikan dakwaan dari sesetengah pihak yang menyatakan persatuan itu mahu menghalang Terengganu City FC (TCFC) daripada beraksi dalam kancah 100PlusLiga Premier pada musim hadapan.

Bercakap kepada Berita Harian, beliau berkata tuduhan sedemikian boleh menjejaskan nama baik PBSNT.

Bukan bidang kuasa PBSNT

Menurut Syahrizan, PBSNT tidak pernah menghantar sebarang surat untuk tidak membenarkan TCFC beraksi dalam saingan divisyen kedua bola sepak negara tersebut.

Sebaliknya beliau berkata, PBSNT tidak mempunyai hak untuk menghalang TCFC dan semua itu adalah bawah bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Malaysian Football League (MFL).

“PBSNT tidak pernah menghantar sebarang surat rayuan atau surat untuk tidak membenarkan TCFC beraksi dalam Liga Perdana musim depan.”

“Malah PBSNT juga tidak pernah membuat sebarang pertuduhan atau sebarang tuntutan berkaitan kelewatan dan kegagalan pembayaran gaji kepada pemain dan jurulatih skuad itu atau perkara berkaitan urusan perbelanjaan TCFC kepada FAM,” ujar beliau.

Selesaikan masalah

Walaubagaimana pun Syahrizan mengakui PBSNT ada menghubungi TCFC untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi pada musim lalu.

TCFC adalah salah sebuah pasukan yang mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM321,700 keseluruhan membabitkan pemain dan pegawai pasukan yang didedahkan oleh Jawatankuasa Status FAM baru-baru ini.

“Namun begitu PBSNT ada beberapa kali menghubungi TCFC melalui setiausahanya untuk memaklumkan supaya kelab itu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangani masalah dalaman skuad itu,” katanya.

Nasib Terengganu FC II

Selain itu, Syahrizan turut bercakap mengenai status pasukan Terengganu FC ll (TFCII)sama ada akan kekal atau tidak untuk bermain di Liga Perdana musim 2019.

“Setakat hari ini [semalam], PBSNT belum menerima sebarang surat berhubung pasukan TFC II dikekal atau ditawarkan untuk bermain dalam Liga Perdana 2019.”

TFCII adalah pasukan simpanan kepada Terengganu FC, dan mengikut peraturan dari MFL, sesebuah pasukan simpanan tidak boleh bertanding di dalam pertandingan yang sama dengan pasukan utama.

Foto: MFL

Namun TFC II menduduki tangga ke-11 saingan 100Plus Liga Premier pada musim lalu, sekaligus bermakna akan tersingkir ke pertandingan Piala FAM jika dikira secara merit.

Namun selepas penyingkiran Kuantan FA daripada pertandingan akibat kemelut kewangan pada musim lalu, dan kedudukan Piala FAM yang hanya menyaksikan enam pasukan sahaja akan bertanding pada musim hadapan, status TFC II terus menjadi tanda tanya.

TFC II adalah juara Piala Cabaran 2018 selepas menewaskan UKM FC di perlawanan akhir pada Oktober lalu.

 

 

 

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN