Quantcast

BERITA

PBNS Bantu MSDeaf Lancarkan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia 2019

Semalam telah berlangsungnya majlis undian dan taklimat pertandingan sempena Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia 2019.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa ini merupakan edisi ke-3 kejohanan futsal tersebut. Edisi kali ini dianjurkan di Negeri Sembilan.

Kejohanan ini adalah anjuran Persatuan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), yang menghimpunkan pasukan-pasukan futsal (orang pekak) dari seluruh Malaysia bagi merebut kejuaraan.

Kejohanan ini juga menyaksikan Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sembilan (NSsDeaf) buat julung kalinya akan menjadi pengelola kejohanan.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan diberikan penghormatan untuk memberikan kerjasama dan menymbang kepakaran mereka dari segi teknikal serta sukarelawan.

Setiausaha Kehormat PBNS, Satwant Singh menyatakan beliau berbesar hati, PBNS dapat terlibat dalam kejohanan pada kali ini.

Beliau juga berharap, sukan melibatkan orang kelainan upaya seperti ini akan mendapat publisiti dan sokongan yang lebih meluas selepas ini.

Satu usaha yang wajar dipuji oleh pihak penganjur dan juga PBNS yang sukarela dalam membantu melancarkan lagi penganjuran kejohanan pada kali ini.

Kejohanan kali ini akan berlangsung daripada 14 dan 15 ogos 2019 bertempat di All Star Futsal Senawang. Kepada anda yang ada kesempatan, bolehlah datang memberikan sokongan.