Payet mengkritik taktikal Bilic dalam kenyataan terbaru beliau kepada media.
Bak kata orang, apabila dah tak suka, ada-ada sahaja benda tak kena. Sedangkan sebelum ini Payet pernah memuji Bilic sebagai jurulatih yang membantu menghidupkan kembali karier beliau.
Bukan sahaja menghidupkan kembali malah, Payet menganggap Bilic orang yang telah membantu beliau berada di ‘puncak dunia’ dalam karier beliau.
Payet menandatangani kontrak lanjutan di West Ham dan memberitahu Bilic, dia tidak akan mencari pasukan lain untuk musim 2016/17 kerana mahu membalas kepercayaan penyokong dan kelab.
Beberapa bulan kemudian, Payet menyatakan dia mahu keluar dari West Ham kerana terlalu rindukan kampung halaman ataupun homesick yang teruk.
Ia adalah isu keluarga dan beliau harap kelab dan penyokong West Ham faham. Sebab itu beliau hanya mahukan Marseille.
Payet mulai disisihkan ke pasukan belia. Itupun dia hanya hadir beberapa sesi dan kemudian ponteng latihan. Payet memencilkan diri dari rakan-rakan beliau di West Ham.
Payet kali ini memberikan alasan berbeza. Beliau mahu keluar bukan kerana homesick tetapi kerana taktikal defensif West Ham United di bawah Bilic. Payet berkata:
“Saya tak ada semangat untuk bermain dengan pasukan yang lemah di EPL. Sistem permainan defensif tidak memberikan saya keseronokan untuk bermain.”
“Dengan 5-4-1 di hadapan kotak penalti, saya seperti hilang segala keseronokan di dunia, susah saya nak saya terangkan.”
“Anda nak kata saya buat hal. Saya bekerja keras dalam setiap perlawanan tetapi tidak menikmati apa-apa. Saya bosan.”
“Saya kerap berhubung dengan ramai orang di Marseille termasuk Rudi Garcia (pengurus) yang memiliki filosofi yang saya sangat tahu.”
“Saya perlu pergi segear. Jika saya menunggu 6 bulan lagi, saya akan rugi 6 bulan dalam hidup saya.”
“Ketika menang 1-0 ke atas Hull, lawan kami sebenarnya melakukan 4 cubaan terkena tiang gol.”
“Di bilik persalinan, mereka meraikan kemenangan 1-0 seperti ini. Menang penalti dan pemain terbaik perlawanan adalah tiang gol.”
“Jadi saya perlu tukar angin dan mengambil risiko untuk meluahkannya. Saya memberikan amaran kepada Slaven Bilic. Tetapi dia anggap saya bergurau.”
“Saya sudah nyatakan niat saya untuk keluar ketika Euro 2016, namun kelab telah menolak bidaan dari kelab lain dan saya hormati keputusan itu.”
“Namun saya sangat kecewa apabila kelab mengumumkan nilai saya ialah €100 juta ketika itu. Saya tidak layak semahal itu.”
“Pada Ogos, kelab (West Ham) diuruskan dengan teruk sekali. Jadi pada Januari saya nyatakan saya mahu berpindah ke Marseille bukan kelab lain.”
“Mereka jawab, tidak! Jelas mereka tidak mahu lepaskan saya. Saya pun cakap, saya tidak mahu bermain untuk West Ham lagi selepas ini.”
“Saya tidak perlu takut walaupun ramai yang marah. Saya dan keluarga saya hidup seperti biasa. Mereka melayan kami dengan baik seperti mana yang mereka lakukan sepanjang bertahun kami di sana.”
“Saya sangat berterima kasih kepada mereka untuk hal itu.”
Komen pedas Payet ini mendapat respon pedas daripada wartawan Sky Sports, Kaveh Solhekol yang banyak mengikuti isu Payet sebelum ini.
Solhekol berkata:
“Jangan kacau orang lain Payet, jaga hal sendiri. Dulu anda kata anda nak keluar sebab isu keluarga.”
Baca juga: Media Rasmi Chelsea Troll Manchester United, Ganti Conte Lancarkan Perang Saraf