Paulo Josue: “Semua Pemain Sri Pahang Cukup Bahaya”

Pemain tengah naturalisasi Kuala Lumpur City (KL City), Paulo Josue antara yang bersemangat untuk menghadapi aksi malam ini membabitkan pasukan diwakili beliau berdepan cabaran Sri Pahang.

Kedua pasukan ini akan berentap dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2023 dengan masing-masing pastinya mempunyai misi untuk mencipta keputusan positif.

Beraksi di Cheras, ianya memberi kelebihan buat Josue dan rakan sepasukannya untuk mendapat sorakan padu daripada penyokong mereka sendiri dan ia sudah tentu ingin dimanfaatkan sebaik mungkin oleh KL City.

Kemenangan sudah tentu menjadi sasaran KL City selain kelebihan gol awal sebelum mereka menghadapi sekali lagi aksi getir bagi suku akhir kedua di gelanggang keramat Sri Pahang, Stadium Darul Makmur.

Jelas pemain kebangsaan itu, beliau yakin pasukan diwakilinya mampu untuk melakar kemenangan bagi mengatasi skuad kendalian Fandi Ahmad di laman sendiri pada malam ini.

“Persiapan kami cukup sempurna, malah ramai pemain sudah kembali ke pangkuan pasukan termasuk yang sebelum ini tercedera sudah bebas daripada masalah itu.

“Kami yakin dapat capai kemenangan di tempat sendiri dan itulah motivasi kami untuk perlawanan itu.

“Kami perlu cari kemenangan yang selesa bagi membawa bekalan mencukupi sebelum bertandang ke Pahang nanti,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Josue pada musim ini boleh dianggap sedang menikmati musim terbaik beliau dalam karier bola sepak profesional selepas konsisten memberi impak positif bersama KL City serta skuad kebangsaan.

Kehadiran beliau bersama skuad kendalian Nenad Bacina pada malam ini sudah tentu menjadi tumpuan kerana beliau memainkan peranan cukup penting di posisi serangan KL City.

Pada masa sama, beliau juga menganggap kelibat tonggak lawan iaitu Azam Azih serta Aguero sebagai pemain yang mampu memberi ancaman buat KL City menerusi kualiti dimiliki kedua bintang tersebut.

“Semua pemain Pahang cukup bahaya dan kita tidak boleh memandang mudah setiap pemain mereka.

“Mereka ada Aguero di bahagian serangan dan Azam Azih yang mempunyai kemampuan melakukan percubaan jarak jauh. Malah pemain import mereka juga bahaya.

“Kami perlu berwaspada dan mengekalkan fokus sepanjang aksi, namun saya yakin kami bersedia untuk berdepan Pahang dan catat kemenangan,” katanya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN