Paulo Josue bukan lagi nama yang asing dalam saingan bola sepak negara, terutama sekali buat para penyokong Kuala Lumpur City sejak beberapa musim.
Sejak pertengahan musim 2017 beliau menyertai KL City, sudah banyak perkara yang dilalui oleh pemain itu bersama kelab tersebut untuk menjadikan mereka semakin kuat seperti ketika ini.
61’ GOL | Akram Mahinan menanduk masuk sepakan percuma Paulo Josue untuk gol kedua KL City!@SabahFCofficial 1-2 @KLCityFootball #LigaSuper2022 pic.twitter.com/NN3DanVafp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) September 1, 2022
Bersama kelab tersebut, Josue sudah pun mencipta sejarah tersendiri apabila membantu KL City menjuarai saingan Liga Premier 2017 serta mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia 2021.
Kini, sejarah baharu terlakar apabila Josue bersama rakan sepasukan lain berjaya membantu KL City muncul selaku juara peringkat zon Asia Tenggara dalam saingan Piala AFC musim ini.
Kejayaan tersebut membawa kelab ini beraksi di pusingan lebih jauh iaitu peringkat separuh akhir antara zon yang bakal mempertemukan KL City menentang ATK Mohun Bagan pada malam esok.
Kapten KL City itu mengakui dirinya memasang impian ketika ini untuk terus mencipta sejarah baharu menerusi kejayaan dicipta pada malam esok.
Menurut Josue, ketika ini para pemain sedang berada dalam momentum terbaik serta bersemangat untuk menghadapi aksi malam esok, biarpun sedar bakal beraksi di gelanggang lawan.
“Hello semua, thank you so much (to) all the supporters,”
Paulo Josue is on cloud nine with the support from 🇲🇾 KL City fans tonight! #AFCCup2022 pic.twitter.com/k2wsqCeyac
— #AFCCup (@AFCCup) August 24, 2022
Tonggak tengah kelahiran Brazil ini juga mengakui KL City setakat ini sudah banyak memberi pengajaran bermakna buat beliau sepanjang bergelar selaku pemain profesional, dan mahu terus mencurah bakti sehingga penghujung karier.
“Saya sudah menjadi sebahagian daripada kelab dan melalui banyak perkara, melihat perubahan dalam corak permainan pasukan.
“Oleh itu, ia akan menjadi peluang yang baik untuk saya menjadi sebahagian daripada sejarah kelab dan menamatkan di sini (bersama KL City) adalah segala-galanya,” katanya menerusi Arena Metro.
Untuk rekod setakat ini dalam saingan Piala AFC, pasukan kendalian Bojak Hodak ini berjaya melakar sejarah tersendiri selepas mereka menewaskan PSM Makassar pada aksi sebelum itu untuk melayakkan diri ke peringkat lebih tinggi.
Pemain berusia 33 tahun itu juga memasang impian tersendiri untuk menamatkan karier beliau bersama KL City dan akan terus mencurah bakti sebagai staf kejutulatihan.
Josue jelas meletakkan bekas pemain legenda skuad kebangsaan iaitu Shukor Adan apabila bekas pertahanan negara itu kini bertugas sebagai staf kejurulatihan bersama KL City.
45+1' GOL | Tandukan Paulo Josue meletakkan KL City di depan!@KLCityFootball 1-0 @nsfc1923 #LigaSuper2022 pic.twitter.com/UlC6yCPzeR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 18, 2022
“Kami mengadakan perbincangan mengenainya berharap saya kekal dan bersara dengan kelab kerana ia satu penghormatan besar,” katanya.