Paulo Josue Mahu Pemain Tempatan Terus Barisi Skuad Harimau Malaya

Tonggak naturalisasi Malaysia iaitu Paulo Josue antara yang gembira dan memberi sokongan penuh akan revolusi sedang diharungi pasukan kebangsaan kini dalam usaha untuk memperkukuhkan kembali Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Malaysia sedang mengalami revolusi kembali dalam dunia bola sepak kebangsaan setelah beberapa perubahan sudah pun berlaku hasil cetusan Duli Yang Amat Muli Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan membabitkan beberapa perkara.

Antara perubahan yang sudah pun berlaku sudah tentu membabitkan kejurulatihan skuad kebangsaan, dengan kini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah pun memperkenalkan Peter Cklamovski serta Nafuzi Zain untuk era perubahan baharu negara.

Malah, Robert Douglas Friend secara rasminya juga diumumkan selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya dan diperkenalkan sendiri menerusi laman FAM di media sosial.

Selain itu FAM turut memperkenalkan Dr. Craig Duncan selaku Ketua Pegawai Prestasi Tinggi serta Perubatan dalam organisasi baharu tersebut kini.

Melihat kepada perubahan itu, pemain naturalisasi dari Brazil tersebut menyifatkan ia sebagai inisiatif terbaik untuk meningkatkan kualiti semasa serta mampu meraih kejayaan positif pada masa hadapan.

Selain itu, Josue juga menganggap kehadiran dua jurulatih baharu serta kelibat Rob Friend mampu memberi nilai tambah terbaik kepada perjalanan semasa pasukan Harimau Malaya menerusi pengalaman dimiliki mereka.

“Revolusi Harimau Malaya sememangnya bagus kerana kita bakal mengharungi beberapa perlawanan penting termasuklah kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.

“Cuma saya mengharapkan pemain tempatan dan sebelum ini yang pernah mewakili Malaysia diberikan tempat untuk berada dalam pasukan kebangsaan.

“Hal ini kerana, saya ada mendengar banyak khabar angin terutamanya akan menggunakan ramai khidmat pemain kacukan yang beraksi di luar negara. Mungkin agak sukar pemain Liga Super untuk mewakili negara kelak,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Seperti diketahui ramai, Malaysia dijangka bakal membuat perubahan baharu dengan memperkenalkan lebih ramai pemain warisan pada masa hadapan.

Malah beberapa calon baharu pemain naturalisasi juga kini sudah dikenal pasti untuk terus memperkukuhkan pasukan kebangsaan pada masa hadapan.

Dijangka lebih ramai muka-muka baharu juga akan terus diperkenalkan selain usaha keras ditagih daripada Nafuzi Zain sendiri untuk mengembangkan bakat tempatan bersama skuad B-23 Harimau Malaya.

Seterusnya, Cklamovski sendiri akan menentukan pemain mana yang bersesuaian untuk memacu Malaysia pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 tidak lama sahaja lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN