Paulo Josue Mahu Beri Sumbangan Terbaik Buat Harimau Malaya

Paulo Josue

Pemain naturalisasi terbaharu Malaysia, Paulo Josue berharap yang dirinya mampu memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada kejayaan Harimau Malaya.

Josue adalah antara rekrut terkini Harimau Malaya dengan kapten Kuala Lumpur City ini bakal memberikan saingan kepada posisi bahagian tengah untuk skuad Kim Pan-gon menjelang perlawanan menentang Turkmenistan dan Hong Kong.

“Saya berharap saya dapat menyumbang kepada pasukan dan negara.

“Saya berharap saya dapat membalas kepercayaan yang diberikan untuk menjadi warga Malaysia dengan memberikan persembahan baik kepada mereka,” kata Josue kepada media.

Dalam masa yang sama, Josue mengakui yang dirinya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan corak latihan Kim yang berbeza dengan apa dilalui olehnya bersama Bojan Hodak di KL City.

“Saya masih lagi dalam proses untuk memahami sistem latihan Kim Pan-gon, bagaimana beliau mahu kami bermain, gaya dan falsafahnya.

“Amat difahami yang masih ramai pemain baharu di sini tapi setakat ini semuanya berada dalam keadaan yang baik dan saya gembira dapat berada di sini,” ujar Josue lagi.

Josue merupakan salah seorang pemain baharu naturalisasi selain Endrick Dos Santos serta bintang muda berdarah kacukan, Nooa Laine.

Nama Josue sebenarnya telah lama berlingkar sebagai calon pemain naturalisasi kebangsaan untuk beberapa ketika dan akhirnya beliau telah berjaya menerima panggilan negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN