Paulo Josue: “Kali Terakhir Saya Dibayar Pada Disember Tahun Lalu”

Pemain naturalisasi Harimau Malaya iaitu Paulo Josue tampil dengan pendedahan sangat menyedihkan apabila beliau mengakui langsung tidak menerima sebarang pembayaran gaji sehingga kini.

Josue merupakan pemain tengah menyerang buat Kuala Lumpur City (KL City) dan beliau mengakui pasukan tersebut masih gagal untuk membuat pembayaran gaji sehingga dirinya beraksi secara percuma sahaja.

Menurut beliau, tunggakan pasukan tersebut masih lagi belum diselesaikan selepas tujuh bulan dan nasib lebih kurang serupa turut dialami rakan sepasukan lain.

Malah, pemain kelahiran Brazil itu turut mengakui dirinya sudah lupa sejak kali terakhir pasukan tersebut membuat pembayaran gaji kepadanya untuk menyatakan ia sudah berlarutan sejak begitu lama.

Ketika ini, Josue mengakui beliau meneruskan kehidupan semasa dengan hanya berbekalkan wang simpanan sahaja setelah tiada sebarang pendapatan daripada kelab tersebut.

“Ada pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu namun situasi terbabit tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar pada Disember tahun lalu.

“Saya pernah berbincang bersama pengurusan KL City dan mereka berjanji untuk buat bayaran setengah bulan. Namun, itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya.

“Ramai bertanya, sudah tujuh bulan (gaji tertunggak) mengapa masih bersama KL City lagi… Saya kekal kerana sayangkan pasukan dan sememangnya menyayangi karier sebagai pemain bola sepak profesional,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Arena Metro.

Seperti diketahui, KL City menjadi antara kelab yang memiliki masalah kewangan sangat teruk sejak tahun lalu dan isu tersebut terus berlarutan sehingga kini selain Kedah Darul Aman (Kedah) serta beberapa pasukan lain.

Menerusi beberapa laporan di media sosial, ada menyatakan pasukan itu culas membayar gaji kepada para pemain dengan tunggakan selama lima bulan.

Pada masa sama, Josue juga menyatakan Josue mengakui beliau telah menyerahkan isu tersebut kepada pihak berkaitan untuk tindakan seterusnya selepas gajinya masih belum dibayar sehingga kini.

“Ada yang mengatakan KL City hanya berhutang dua bulan saja. Itu adalah bohong dan boleh berjumpa atau bertanya saya untuk dapatkan kepastian.

“Tanyalah pemain lain sama ada gaji mereka dibayar penuh. Saya rasa perkara itu tidak berlaku,” kata beliau akhir sekali.

Dengan apa telah menimpa Josue itu, ianya jelas suatu perkara cukup memalukan buat saingan bola sepak di Malaysia kini dengan banyak pasukan sudah memiliki isu lebih kurang sama.

Semoga Josue terus tabah serta mendapat kembali hak beliau yang ditangguh sejak beberapa bulan lamanya demi untuk dirinya menyara kehidupan.

Sumber:
Buletin TV3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN