Bintang bola sepak Malaysia iaitu Paulo Josue antara yang menjadi harapan utama Kuala Lumpur City (KL City) pada hari ini untuk perlawanan seterusnya dakan saingan ACC Shopee Cup 2024/2025.
Mengimbas kembali pada perjalanan semasa KL City musim ini di saingan tersebut, ianya boleh dianggap cukup baik apabila mereka berjaya merekodkan dua kemenangan daripada tiga perlawanan diharungi.
Tatkala pasukan itu turut terkena tempias akan masalah kewangan, ianya tidak menghalang mereka untuk membuktikan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
📸 𝐎𝐟𝐟𝐢𝐜𝐢𝐚𝐥 𝐓𝐫𝐚𝐢𝐧𝐢𝐧𝐠 #ShopeeCup#klbandarayarendahkarbon #klcityfc #sampaimatikualalumpur #cityboys pic.twitter.com/LpY6nfaymz
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) January 22, 2025
Walaupun momentum itu sedikit tersekat ketika mereka mencipta kekalahan kepada Lion City Sailors (Singapura) sebelum ini, ianya dilihat tidak merencatkan momentum semasa pasukan itu untuk meraih sesuatu positif pada perlawanan seterusnya.
Menentang wakil kelab dari Vietnam iaitu Cong An Hanoi FC (CAHN FC), sudah tentu pelbagai persiapan sudah dibuat oleh skuad kendalian Miroslav Kuljanac dalam misi untuk meraih kemenangan.
Malah, beberapa pemain KL City juga dijangka mampu memberi impak besar dalam permainan sekali gus menjadi tumpuan utama kepada kekuatan wakil dari Malaysia itu buat menghadapi CAHN FC.
Paulo Josue
Mesin gol KL City tersebut sudah tentu akan menjadi percaturan utama pasukan itu pada hari ini untuk menggempur kubu pertahanan lawan demi mendapatkan jaringan.
Daripada 20 perlawanan diharungi musim ini, Josue sudah pun meledak 13 gol secara keseluruhan serta turut merekodkan lima bantuan jaringan.
Paulo Josue is there when it matters 😎#MitsubishiElectricCup #ASEANUtdFC pic.twitter.com/1KLCc8uQW0
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) December 11, 2024
Masih sepi tanpa jaringan di saingan ACC Shopee Cup, dijangka pemain naturalisasi dari Brazil itu bakal tampil menonjol untuk membuka akaun gol sulung beliau di halaman sendiri pada hari ini.
Jovan Motika
Pemain licik KL City ini jelas tidak boleh dipandang mudah kerana beliau sering mencipta sesuatu tidak diduga untuk mengejutkan pertahanan lawan.
Berkelebihan bermain selaku sayap kiri dan kanan, kelincahan Motika sering menyukarkan pemain pertahanan lawan untuk mengekang beliau secara individu atas kualiti kawalan bola dimilikinya.
Akhirnya Kuala Lumpur berjaya mencari jaringan yang meletakkan mereka di hadapan secara agregat!
Jovan Motika klinikal dihadapan jaring gawang.#UnifiPialaMalaysia #KLCKDA pic.twitter.com/XueEb0PEhL
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 1, 2024
Setakat ini Motika sudah meledak enam gol serta menghasilkan dua bantuan jaringan daripada 20 perlawanan dihadapi bersama KL City.
Haqimi Azim
Mungkin ini menjadi antara musim terbaik buat Haqimi bersama KL City selepas impak positif diberikannya buat pasukan tersebut di posisi serangan serta diberi lebih banyak peluang beraksi.
Penyerang muda ini mempunyai keupayaan cukup baik untuk mengawal bola, memberi tekanan buat pertahanan lawan, serta tajam di hadapan gawang gol.
Haqimi Azim dengan penyudah cukup berbisa! 🌟
Meletakkan KL City FC selesa di depan, hasil lorongan cantik Paulo Josué. #DemiLigaKita #KLCPEN pic.twitter.com/dpNvuiF1Rp
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) September 29, 2024
Haqimi kini sudah pun merekodkan 18 perlawanan bersama KL City dan sudah pun meledak empat gol bersama tiga bantuan jaringan secara keseluruhan.