Paulo Josue Ada Rancangan Untuk Tinggalkan KL City?

Pemain naturalisasi kebangsaan, Paulo Josue mengakui beliau tidak pernah mempunyai perancangan untuk berhijrah menyertai kelab baharu pada masa akan datang dengan dirinya akan terus bersama Kuala Lumpur City (KL City).

Terdahulu, beberapa komen dalam kalangan peminat bola sepak Malaysia timbul di media sosial dengan menyatakan mungkin sudah tiba masa untuk Josue berhijrah menyertai pasukan baharu.

Ini kerana, pemain naturalisasi dari Brazil itu mengalami masalah isu tunggakan gaji selama beberapa bulan bersama KL City menerusi pendedahannya beberapa hari lalu.

Beberapa pasukan tempatan turut diberi cadangan dalam kalangan penyokong untuk mereka cuba mendapatkan khidmat Josue pada jendela perpindahan kedua yang bakal dibuka tidak lama lagi.

Walaupun begitu, Josue tampil dengan pendirian akan terus kekal bersama KL City tanpa berniat untuk meninggalkan pasukan tersebut dalam masa terdekat.

Paulo Josue: “Kali Terakhir Saya Dibayar Pada Disember Tahun Lalu”

Menurut pemain Harimau Malaya itu, beliau menyatakan ingin terus bersama KL City walaupun dihimpit krisis tunggakan gaji selama tujuh bulan.

Jelas pemain tersebut, beliau sudah pun mengadakan perbincangan bersama pengurusan kelab itu dengan mengambil keputusan untuk terus kekal bersama KL City.

Selain mengharapkan isu tunggakan tersebut diselesaikan secepat mungkin, Josue menegaskan dirinya tidak akan berhijrah menyertai pasukan baharu kini.

Malah pemain tengah menyerang itu juga mengakui dirinya kini selesa bersama keluarga serta memiliki hubungan baik bersama kelab tersebut sejak sekian lama.

“Berkenaan berhijrah ke pasukan lain, buat masa sekarang tidak. Saya masih komited sepenuhnya dengan pasukan. Jadi saya belum ada rancangan untuk berpindah dari sini.

“Saya hanya mahu semuanya diselesaikan dan kami boleh terus bermain bersama pasukan KL City.

“Namun, seandainya kelab jatuh (disebabkan isu gaji) atau sesuatu yang serupa, saya tidak boleh berada di sini. Saya perlu mencari tempat lain untuk bekerja (bermain).

“Apapun ia (berhijrah) bukan rancangan saya sekarang. Jika tawaran datang saya perlu melihatnya dan berbincang dengan ejen saya dan keluarga,” kata pemain naturalisasi tersebut menerusi Buletin TV3.

Semalam, Josue menjadi antara pemain berjaya membantu KL City meraih kemenangan 1-0 ketika pasukan tersebut menewaskan Selangor di halaman sendiri.

Kami di Semuanya BOLA juga berharap supaya isu gaji membabitkan pemain tersebut dapat diselesaikan pada masa akan datang.

Sumber:
Foto: Shah Amirul, Buletin TV3

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN