Quantcast

BERITA

Paulo Dybala Mungkin Tinggalkan Juventus Pada Tahun 2019

Kesungguhan Barcelona dan Manchester United untuk mendapatkan khidmat pemain Argentina, Paulo Dybala menguatkan lagi khabar angin bahawa pemain itu akan meninggalkan Juventus pada Januari tahun depan.

Malah pemilik Palermo, Mourizio Zamparini mengesahkan Dybala sudah pun menerima tawaran daripada beberapa kelab dari Sepanyol dan England.

Dybala yang memulakan aksi Serie A musim ini dengan menentang Chievo tetapi tidak beraksi ketika Juventus menang 2-0 ke atas Lazio dan hanya beraksi selama 10 minit sebagai pemain gantian ketika menang 2-1 ke atas Parma.

Pemain berusia 24 tahun itu gagal mendapatkan tempat bersama skuad Argentina selepas digugurkan daripada pasukan Piala Dunia.

Zamparini yang memberi kebenaran kepada Dybala untuk berhijrah dari Palermo ke Juventus pada 2015 mendakwa, Massimiliano Allegri tidak memberi layanan yang baik kepada pemain itu dan bersetuju dengan tindakan Dybala untuk menyertai pasukan La Liga semasa jendela perpindahan akan datang.

Setiap kali dia disisihkan, saya rasa seperti ingin menangis.

“Dua tahun lalu, saya menghantar mesej kepada Dybala dan menasihatkannya untuk ke Sepanyol dan bukan Itali.

“Dia akan berhijrah kerana Juventus mahukan 120 juta euro (RM577.85 juta). Januari ini, saya fikir dia akan ke Sepanyol. Dia menerima tawaran daripada Sepanyol dan England.

“Juventus sudah banyak menjulang kejuaraan dan jelas sekali pemain cemerlang seperti dia tidak dapat beraksi,” kata Zamparini.

Chelsea dan Barcelona dikaitkan dengan perpindahan Dybala sebelum ini manakala Real Madrid dikhabarkan berminat untuk mendapatkannya selepas melepaskan Ronaldo kepada Juventus dengan harga 112 juta euro (RM539.29 juta).

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!