Pemain jentera serangan Juventus, Paulo Dybala mengakui keadaannya pada ketika ini bertambah baik dan sudah bersedia untuk kembali menjalani latihan selepas beliau dikesan positif COVID-19 pada 21 Mac lalu.
Bukan beliau sahaja dijangkiti wabak paling ditakuti di seluruh dunia itu tetapi teman wanitanya, Oriana Sabatini turut menerima nasib yang sama.
Menurut sumber Sky Sports, meskipun sebelum ini pemain berusia 26 tahun itu mengatakan berada dalam keadaan baik, beliau telah mengalami gejala yang kuat sekaligus menghalangnya untuk bersenam.
”Saya rasa bagus, (keadaan) lebih baik, selepas mengalami beberapa gejala yang kuat untuk beberapa hari lalu,”
“I feel good, much better in fact” @PauDybala_JR provides an update on his health. ?#ACasaConLaJuve pic.twitter.com/Zh3m5YdbC7
— JuventusFC (@juventusfcen) March 27, 2020
”Hari ini saya berasa bertambah baik, tanpa sebarang gejala dan saya boleh bergerak dengan lebih baik, jadi saya akan terus berlatih lagi,” ujar Dybala dalam satu ‘video chat’ yang dimuat naik di laman Twitter Juventus.
”Setelah mencuba dalam beberapa hari di mana gejala itu amat kuat, saya cepat berasa tidak selesa dan tidak mendapat sebarang udara kerana saya tidak melakukan apa-apa.”
”Selepas kira-kira lima minit, saya berasa sangat penat dan badan saya terasa sungguh berat, otot saya sakit dan terpaksa berhenti.”
”Tetapi bernasib baik kerana kedua-dua, saya dan teman wanita berasa lebih baik pada ketika ini,” ujar Dybala lagi.
Selain Dybala, dua rakan sepasukannya di kem pasukan ‘The Old Lady’ iaitu Daniele Rugani dan Blaise Matuidi terlebih dahulu dikesan positif.
Kredit foto: Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images