Terkini! Paulinho Akan Terbang Ke Sepanyol, Muktamadkan Perjanjian Dengan Barcelona

Bekas peamin tengah Tottenham, Paulinho dilaporkan akan menyertai Barcelona setelah bidaan €40 juta (£36.5 juta) diterima.

9 jam yang lalu, Guangzho Evergrande menolak bidaan dari Barcelona selepas beberapa minggu lalu kelab tersebut juga menolak bidaan awal Barcelona.

Barca pada Julai lalu membida Paulinho dengan €19 juta. Tetapi Evergrande menyatakan jumlah itu jauh daripada klausa perlepasan Paulinho yang bernilai €40 juta dalam kontrak baru pemain tersebut.

(Photo by VCG/VCG via Getty Images)

Ramai yang merasakan Evergrande sedang membuat kelakar memasukkan klausa perlepasan itu sebelum ini. Namun terbukti ia langkah bijak untuk mendapatkan nilai perpindahan keluar tertinggi dalam sejarah bola sepak Asia dan China.

Guangzhou Evergrande berkeras untuk tidak menjual Paulinho kerana mereka sebelum ini menyatakan, Paulinho sebahagian daripada pemain penting dalam perancangan kelab dalam 2-3 tahun akan datang.

Namun Barcelona akhirnya memutuskan untuk membayar klausa perlepasan €40 juta pemain berusia 29 tahun tersebut.

Paulinho pada awalnya mahu kekal di Evergrande tetapi mengubah keputusan itu pada minggu lalu dan beliau bertemu sendiri dengan Presiden kelab.

Dengan perpindahan Paulinho ini bermakna Barcelona menamatkan pemburuan Marco Verratti dari PSG.

Seterusnya, Barcelona masih berusaha untuk mendapatkan Phillipe Coutinho dari Liverpool yang dilaporkan sudah menghantar permohonan pindah dari kelab.

Sumber

Dailymail – http://www.dailymail.co.uk/sport/article-4784450/Barcelona-sign-Paulinho-Guangzhou-Evergrande.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN