Kerana Promosikan Perjudian Bola Sepak, Paulinho Mungkin Dihalau Dari China

Semua orang tahu yang perjudian bola sepak adalah satu perkara yang perlu dijauhi.

Hal ini kerana ia mampu menjadi masalah besar kepada bola sepak itu sendiri jika tidak dihalang dengan baik.

Di China, perjudian bola sepak merupakan salah satu perkara yang ditegah dengan hebatnya.

Pihak China amat ambil serius terhadap sesiapa yang terlibat dengan perjudian bola sepak termasuk pemain yang terlibat.

Promosi

Baru-baru ini pemain Guanzhou Evergrande, Paulinho dijangka bakal dihalau dari berada dalam negara China.

Puncanya adalah kerana beliau mempromosikan sebuah sindiket perjudian bola sepak di negara tersebut.

Paulihon mempromosikan perjudian bola sepak di China.

Nampak seperti terlalu keras bukan hukuman yang bakal diterima bekas pemain Tottenham Hotspur itu?

Mana tidaknya, hanya kerana promosikan perjudian bola sepak sudah mahu dihalau dari negara tersebut.

Untuk pengetahuan anda, Paulinho ada melakukan satu lagi kesalahan besar.

Hal ini kerana, beliau mempromosikan perjudian bola sepak dan dalam masa yang sama beliau melakukan perkara tersebut bersama-sama bintang pornografi Jepun – Tsukasa Aoi.

Gambar beliau mempromosikan perjuadian bola sepak bersama bintang pornografi itu dilakukan ketika beliau berada di rumahnya di China.

https://twitter.com/BrazilStat/status/852291234672640002

Pornografi merupakan satu perkara yang tidak dibenarkan di China. Oleh itu, boleh dikatakan Paulinho sudah melakukan 2 kesalahan berat dalam satu masa.

Oleh kerana itulah, beliau berkemungkinan bakal berhadapan dengan kemungkinan bakal dihalau dari negara China.

FIFA tidak berkompromi dengan pemain profesional yang terlibat dengan perjudian bola sepak secara langsung atau tidak.

Andai benar Pualinho dihalau keluar dari China, mungkin sudah tiba masa untuk beliau kembali bermain di Eropah?

Baca juga: Tuchel Bangga Komitmen Anak Buah, Anggap Keputusan UEFA Tidak Masuk Akal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN