Paul Scholes: “Man Utd Tidak Perlu Pemain Pentingkan Diri Seperti Sanchez”

Paul Scholes secara terbuka mengkritik Alexis Sanchez, dan menyifatkan pemain itu sebagai pemain yang mementingkan diri sendiri.

Scholes juga berpendapat bekas kelabnya itu sebenarnya tidak perlu untuk menandatangani pemain seperti Sanchez.

Sanchez tiba di Old Trafford pada jendela perpindahan Januari lalu, yang turut melibatkan perpindahan Henrikh Mkhitaryan ke Arsenal.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Ketika itu ramai berpendapat ianya sangat berbaloi untuk United yang berjaya mendapatkan Sanchez, selepas pemain itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City.

Malah pemain itu pada mulanya dilihat akan menghala ke Etihad, sebelum United melakukan bidaan yang menyebabkan City mengambil keputusan untuk berundur daripada bersaing untuk tandatangan Sanchez.

United kemudiannya menjadikan pemain berusia 29 tahun itu sebagai pemain yang menerima pendapatan paling tinggi di Liga Perdana Inggeris.

Namun sehingga kini Sanchez gagal mengulangi prestasi yang pernah ditampilkan dirinya ketika bersama Arsenal.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Pada musim ini, Sanchez sekadar menjaringkan satu gol, dan menghasilkan satu bantuan gol dari tujuh penampilan setakat ini.

Ini menyebabkan Scholes tidak teragak-agak untuk mempersoalkan pertimbangan oleh United yang melabur amat tinggi untuk pemain antarabangsa Chile itu.

“Saya tahu beliau adalah seorang pemain yang bagus dan mempunyai kualiti. Tetapi saya tidak pernah melihat beliau sebagai seorang pemain Manchester United,” ujar Scholes kepada ESPN FC.

“Saya melihat beliau sebagai pemain yang pentingkan diri sendiri. Seorang pemain yang hanya beraksi untuk diri sendiri. Saya tidak fikir Sanchez ialah pemain yang Manchester United perlukan terutama dengan bayaran yang diberikan kepada beliau.

“Bagaimana United mahu mengendahkan beliau dari pasukan utama, terutama dengan jumlah gaji yang beliau terima?

“Ia seperti Manchester United sengaja membeli pemain ini semata-mata untuk sabotaj Manchester City dari mendapatkannya.”

Scholes yang turut menuduh Jose Mourinho sebagai individu yang memalukan Manchester United sebelum ini bagaimanapun berpendapat pengendali dari Portugal itu tidak wajar dipecat ketika ini.

“Perkara terutama untuk pasukan seperti Manchester United ialah usaha dan sikap yang ditonjolkan pemain. Jika anda menilai perlawanan menentang West Ham, jelas sekali petanda pemain enggan beraksi untuk Mourinho. Tetapi saya tidak akan memecat beliau,” kata Scholes.

“Saya berharap perkara tersebut telah berubah. Saya lebih suka dan memilih untuk melihat bagaimana Mourinho membuktikan kepada semua orang bahawa dia adalah seorang pengurus yang hebat.

“Itulah ujian sebenar yang perlu dilalui oleh mana-mana pengurus di dalam bola sepak,” jelas Scholes.

Mourinho sebelum ini meluahkan kekecewaan beliau kerana tidak mendapat sokongan kewangan untuk membawa pemain pertahanan tengah ketika jendela perpindahan musim panas lalu.

Untuk itu, Scholes berpendapat Mourinho seharusnya menggunakan pemain sedia ada untuk meneruskan cabaran musim ini.

(Photo by Getty Images)

“Ia bukan seperti kelab tidak memberikan sokongan langsung kepada beliau. Beliau telah diberikan sejumlah wang yang banyak, dan telah membawa masuk ramai pemain baru.

“Mourinho juga membawa masuk dua pemain pertahanan tengah, yang pada pendapat saya tidak kelihatan cukup bagus. Jika Mourinho juga berpendapat pemain tersebut tidak cukup bagus, maka ambillah langkah untuk melatih mereka dan jadikan mereka bagus,” tambah Scholes lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN