Paul Scholes Tegaskan Yang Pogba Tak Sepatutnya Bermain Untuk Man Utd Lagi

Paul Scholes memberikan nasihat yang sangat tegas kepada Paul Pogba ekoran dari insiden pemain Perancis itu dilayangkan kad merah ketika bertemu Liverpool malam semalam.

Beliau menegaskan yang pemain midfield United itu tidak seharusnya terus bermain bersama kelab lagi, selepas melihat beliau dilayangkan kad merah ketika aksi kekalahan memalukan bertemu Liverpool malam semalam.

Pogba dimasukkan pada aksi babak kedua permainan, dengan Manchester United pada ketika itu sudah ketinggalan 4-0.

Namun beliau hanya sempat bermain beberapa minit sahaja, sebelum dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Naby Keita.

Legenda Manchester United itu percaya yang Pogba sebenarnya sudah terlalu kerap diberikan peluang untuk membuktikan yang beliau bernilai serta penting untuk kelab.

Namun begitu, memandangkan terlalu banyak isu panas di luar padang dan dengan aksi yang tidak konsisten, adalah lebih baik untuk pemain kebangsaan Perancis itu pergi saja meninggalkan kelab.

“Paul Pogba masuk ke padang selepas rehat separuh masa untuk berusaha membantu pasukan dan mungkin untuk dapatkan sedikit penghargaan, cuba mengawal bola, cuba tunjukkan betapa kuatnya dia di tengah padang… Berikan gol ke pasukan lawan.

Jelas School kepada Premier League Productions.

“Dan kemudian dia dibuang padang kerana melakukan tackle yang mengarut, sekarang kamu bermain dengan 10 pemain dan ketinggalan 5-0. Kamu sepatutnya fikir, jika Ole masih pengurus di sana, adakah kita akan melihat Pogba menyarung jersi United lagi?”

“Dia mencetuskan kontroversi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Semua orang tahu bertapa berbakatnya dia, semua orang percayakan dia, semua pengurus percayakan dia, cuba bagi muka dekat dia dan biarkan dia untuk jadi pemain seperti yang dia mahukan.”

“Tapi dengan semua kekecohan ini, tidak mahu menandatangani kontrak baru, hampir membinasakan kelab, dan kemudian dia datang dan lakukan hal seperti itu.”

“Ia bukan salah Ole, jangan salah faham dengan saya, tapi ia antara sebab yang menjadi punca persembahan teruk Manchester United hari ini.”

“Lihat, dia berkemungkinan akan tetap diturunkan, betul bukan? Tapi saya tak rasa akan ada kekosongan seandainya dia tidak bermain.”

“Dia sudah diberikan banyak kesempatan, dia selalu kata yang dia mempunyai masalah konsistensi, tapi saya rasa dia kekurangan disiplin dan tidak menghormati pengurus dia dan semua rakan sepasukan dia atas apa yang dia lakukan hari ini.”

Masa depan Solskjaer pada ketika ini seumpama telur di hujung tanduk, dan dengan keputusan ini, maka semakin ramailah yang akan menggesa pihak kelab agar memecat pengurus dari Norway itu.

Mereka memulakan saingan liga musim ini sebagai calon Juara selepas melalui jendela perpindahan musim panas dengan sangat baik.

Namun begitu, selepas mengharungi sembilan perlawanan, Manchester United sepertinya sudah jauh ketinggalan dari kelompok empat teratas dalam saingan Premier League.

Mereka kini lapan mata dipisahkan dari Chelsea yang sedang mendahului carta saingan Premier League pada ketika ini dan ia jelas bukanlah satu hal yang baik.

United sudah tentu sangat berharap untuk kembali bangkit menjelang aksi bertemu Tottenham Hotspur pada hujung minggu ini nanti.

Mereka juga akan kembali beraksi bertemu Atalanta dalam aksi saingan Champions League di Itali pada awal bulan hadapan.

Perlawanan seterusnya di Old Trafford adalah bertemu dengan penyandang Juara saingan Premier League, Manchester City pada 6 November nanti.

Satu hal yang positif tentang Ole Gunnar Solskjaer dari perlawanan ini adalah tentang bagaimana beliau melayan para peminat di luar stadium, selepas skuadnya dibelasah teruk di atas padang.

Menurut sumber laporan dari GiveMeSport, legenda Manchester United itu sanggup meluangkan masa untuk bergambar, menurunkan tandatangan dan melayan peminat selepas insiden ngeri yang berlaku diatas padang.

Ia merupakan satu sikap terpuji yang layak untuk dibanggakan dan Ole berhak untuk dihargai seperti mana beliau menghargai para peminat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN