Paul Scholes Merasakan Jose Mourinho Sengaja Cari Pasal Supaya Dipecat

Jose Mourinho akhirnya dipecat oleh United bulan lalu selepas permulaan yang buruk untuk musim ini. Mourinho meninggalkan Old Trafford dengan pampasan sekurang-kurangnya £15 juta.

Paul Scholes adalah pengkritik Mourinho yang paling kritikal selama dua setengah tahun Mourinho. Kedua-duanya kerap berperang mulut dan sindir menyindir di hadapan media.

Terbaru Scholes mengesyaki sesuatu tak kena dengan pengurus itu. Achilles berkata: “Saya rasa dia (Mourinho) tidak mahu berada di kelab ini lagi. Dan beliau telah merancang langkahnya dengan sempurna pada detik akhir sebelum dipecat.”

“Sidang media beliau kerapkali memal, begitu negatif, ia jelas sekali dan pada akhirnya para pemain tidak mahu bermain untuknya. Rasanya itu yang betul berlaku pada akhirnya.”

Yang paling jelas bagi Sholes adakah apabila Mourinho tidak sehaluan dengan Antonio Valencia. Scholes dan Antonio Valencia bermain bersama dari tahun 2009 hingga 2013. Dan Scholes merasakan mustahil untuk mana-mana manusia boleh tak sehaluan dengan Valencia.

Scholes berkata: “Dia tidak sehaluan dengan Antonio Valencia yang merupakan antara pemain paling baik di dunia ini. Tidak mungkin untuk anda tak sukakan Antonio Valencia.”

“Itulah petanda terbesar bagi saya bahawa sesuatu tidak kena dengan Mouirnho. Beliau sengaja cari pasal untuk keluar.”

Scholes tetap dengan pendirian beliau bahawa taktikal Mourinho sangat teruk terutama pada awal musim ini.

“Saya hanya bersikap jujur ​​terhadap soalan-soalan yang dikemukakan kepada saya dan apa yang saya lihat daripada mereka [pengurus].”

Scholes juga kecewa dengan sikap Mourinho yang suka merendah-rendahkan kemampuan para pemainnya.

“Beliau mulai merungut pada awal – ketika pra-musim, mengatakan anak-anak buahnya tidak cukup bagus. Itu yang saya tidak suka dengar dari dulu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN