Paul Scholes Letak Jawatan Hanya Selepas 31 Hari, Nafi Berundur Kerana Aksi Hambar Oldham

Legenda Manchester United – Paul Scholes telah meletakkan jawatan beliau sebagai Pengurus Oldham Athletic berkuatkuasa serta merta – semalam (Khamis).

Scholes hanya bertahan di Oldham selama sebulan ataupun hanya 31 hari. Sejak mengambil alih Oldham – kelab itu hanya menang 1 perlawanan daripada 7 perlawanan sejak beliau mengambil alih.

Scholes tidak hadir dalam sidang media perlawanan sempena aksi liga pada Sabtu ini menentang Tranmere Rovers. Ini dipercayai kerana beliau berbincang dengan pengurusan Oldham tentang perletakan jawatan beliau. Dan kata putus telah pun dicapai kedua-dua pihak.

Scholes bagaimanapun menafikan beliau meletak jawatan kerana bertanggungjawab di atas kehambaran prestasi Oldham. Sebaliknya Scholes mendedahkan isu masalah komunikasi antara beliau dan pengurusan tertinggi – iaitu Lembaga Pengarah- membuatkan beliau tawar hati meneruskan tugasan di Oldham.

Scholes menganggap segala yang beliau rancang sukar dilaksanakan kerana tidak ada komunikasi yang lebih baik antara beliau dan Lembaga Pengarah kelab.

Scholes mengeluarkan kenyataan rasmi kepada BBC: “Dengan penuh rasa kesal, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kelab ini berkuat kuasa serta merta. Saya melepaskan 18 bulan lagi tempoh kontrak saya sebagai pengurus kelab yang telah saya sokong sepanjang hidup saya.”

“Para penyokong, para pemain, dan rakan-rakan, serta keluarga saya tahu betapa bangga dan terujanya saya ketika diberikan peluang menggalas peranan ini.”

“Dalam tempoh yang singkat saya mengambil alih jawatan ini, malangnya – dengan jelas – saya tidak mampu menjalankan tugas seperti mana yang saya rancang ketika menerima jawatan ini.”

“Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk baki saingan musim ini kepada penyokong, pemain, staf yang selama ini luar biasa. Saya akan terus mengikuti perkembangan kelab ini sebagai penyokong.”

Sejak diambil alih oleh Scholes, Oldham merupakan pasukan dalam 4 divisyen utama yang keciciran mata paling banyak daripada kedudukan mereka mendahului dalam perlawanan. Oldham kini di tangga ke-14 dalam League 2. Tewas 3 daripada 5 perlawanan terakhir mereka.

Oldham dalam kenyataan mereka berkata: “Oldham Athletic Football Club mengesahkan bahawa Paul Scholes telah meletakkan jawatan beliau sebagai pengurus – berkuatkuasa serta merta.”

“Kami mahu merakamkan terima kasih kepada Paul di atas usaha beliau sepanjang mengendalikan kelab ini. Dan kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau di masa akan datang.”

“Kami akan umumkan pengganti beliau secara tetap secepat mungkin.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN