Selepas memainkan peranan yang berkesan pada aksi separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur di Stadium Wembley pada Ahad lalu, Paul Pogba menegaskan bahawa hubungannya dengan Jose Mourinho berada dalam keadaan baik.
Pogba menafikan desas-desus yang mengatakan hubungan dinginnya bersama Mourinho, malah turut menjelaskan beliau berpuas hati dengan peranannya di Manchester United.
Pembelian termahal kelab itu kembali ke Old Trafford buat kali kedua selepas Mourinho menandatangani beliau pada Ogos 2016 selepas menyinar ketika bersama Juventus.
Bagaimanapun memasuki tahun 2018, pemain antarabangsa Perancis itu mengalami penurunan prestasi yang kadangkala memaksanya untuk berada di bangku simpanan.
Pogba membuktikan kualiti tinggi yang dimilikinya dengan membantu Manchester United mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Bournemouth serta menang 2-1 ketika menentang Tottenham Hotspur di Wembley.
Mengulas dalam satu temuramah dengan Canal Football Club, Pqul Pogba berkata: ”Saya tiada masalah dengan dia (Jose Mourinho), dan saya rasa tidak rasa dia mempunyai masalah dengan saya.”
”Dia meletakkan saya selaku kapten dan dia memberikan saya tanggungawab terhadap kelab hebat seperti United. Saya seorang pemain, dan saya suka memberikan yang terbaik buat diri saya sendiri.”
”Dia adalah jurulatih, dia perlu untuk membuat keputusan dan saya merupakan pemain, saya menerimanya, saya perlu memberikan jawapan (aksi terbaik) di atas padang.”
Pogba juga turut menafikan bahawa meletakkannya di bangku simpanan akan membuatkan beliay berfikir mengenai masa depan di Manchester United.
”Saya tidak fikir begitu. Seorang jurulatih membuat pilihannya untuk pasukan, bukan untuk seorang pemain, dia mengeluarkan saya dan memasukkan orang lain.”
”Ini hanya kerana dia mencari sesuatu yang lain dan pemain mesti menerimanya.”