Paul Pogba Masih Berharap Perpindahan Ke Real Madrid Dapat Direalisasikan

Pogba

Cerita mengenai Paul Pogba dan Real Madrid nampaknya masih belum berakhir. Dalam satu laporan oleh Marca, Paul Pogba nyata tidak dapat menyembunyikan keterdesakannya untuk meninggalkan Manchester United bagi menyertai Los Blancos sebelum musim perpindahan Eropah ditutup kira-kira dua minggu lagi.

Sekalipun menyedari perpindahan tersebut amat sukar untuk direalisasikan, beliau tetap berkeras mahu keluar dari Old Trafford secepat mungkin. Kemungkinan untuk melihat pemain tengah berusia 26 tahun itu menyarung jersi putih pasukan berpangkalan di Madrid itu dilihat semakin mustahil.

Di England, cerita tentang perpindahan Pogba sudah pun dianggap berakhir, namun media Sepanyol masih terus memainkan spekulasi ini. Timbul ura-ura yang pemain antarabangsa Perancis itu sama ada cepat atau lambat tetap akan tiba di Santiago Barnabeu.

Pogba yang kembali ke Old Trafford pada 2016 selaku pemain termahal dunia masih berharap agar United lebih rasional dalam mempertimbangkan harga yang ditawarkan Madrid yang dilihat serius mahu mendapatkannya.

Memandangkan pintu perpindahan bagi kelab-kelab England sudah pun ditutup, United pula sama sekali tidak akan membiarkan Pogba pergi tanpa mendapat pengganti yang sesuai.

Pogba tanpa rasa ragu dan jemu secara berterusan mengulangi hasratnya kepada pihak kelab untuk meninggalkan United, namun permintaannya tidak dilayan sama sekali.

Peraturan perpindahan pemain di England menetapkan kelab-kelab yang bersaing di Liga Perdana dan Liga Kejuaraan tidak dibenarkan membawa masuk pemain sejurus sahaja perlawanan pertama bermula.

Namun pemain-pemain boleh dijual atau dilepaskan ke kelab-kelab liga negara lain sehingga pintu perpindahan ditutup secara rasmi pada 2 September.

Mirror UK melaporkan bahawa United tidak akan menerima sebarang bidaan dari mana-mana kelab termasuk Real Madrid sekalipun mereka meletakkan harga lumayan £180 juta bagi mendapatkan pemain yang dianggap aset paling bernilai buat kelab itu.

Kemenangan besar 4-0 United ke atas Chelsea dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris tempoh hari – dengan Pogba cemerlang melakukan dua bantuan jaringan – sedikit pun tidak mengubah fikirannya.

Sungguhpun Oleh Gunnar Solskjaer telah berjanji corak permainan Red Devils akan diadaptasi sebaiknya agar sesuai dengan skil dan kemampuan Pogba, pemain itu tetap dengan pendiriannya.

Sementara itu di Madrid, keadaan kekal tenang memandangkan Real Madrid juga kini dalam usaha untuk mendapatkan Neymar dari Paris Saint-Germain (PSG). Perkembangan terbaru menyaksikan PSG telah menolak bidaan Madrid yang menawarkan yuran perpindahan berserta tambahan pemain seperti Gareth Bale dan James Rodriguez.

Oleh yang demikian, hasrat untuk mendapatkan Pogba sudah pasti agak terbantut kerana mereka perlu mengeluarkan sekitar €200 juta bagi mendapatkan kedua-dua pemain berkenaan.

Ejen Pogba, Mino Raiola yang mempunyai ‘kepakaran’ dalam memanipulasi peraturan kewangan FIFA sudah pasti tidak akan berputus asa dan berusaha mencari 1001 formula untuk memastikan perpindahan ini berjaya. Dalam masa terdekat, satu perjumpaan khas antara pihak kelab dan pemenang Piala Dunia itu telah dirancang untuk memastikan semua pihak jelas dengan keinginan Pogba yang mahu bermain dengan Real Madrid.

Zinedine Zidane telah berkali-kali mengingatkan presiden kelab, Florentino Perez agar segera mendapatkan Pogba yang mengidolakan Pengurus Real Madrid itu sejak kecil. Walaupun telah pun membawa masuk Eden Hazard, Luca Jovic, Ferland Mendy dan Eder Militao, Zidane percaya Real benar-benar memerlukan Pogba bagi mencerahkan peluang bersaing dengan Barcelona dan Atletico Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN