Paul Pogba menghentam Manchester United tanpa belas dengan beliau mengutuk serta mendedahkan segala keburukan bekas kelabnya itu dalam dokumentari terbarunya.
Pemain kebangsaan Perancis itu tanpa segan silu menghentam Manchester United dari segala sisi termasuk menuduh bekas kelabnya itu tidak tahu menjaga perasaan beliau.
Dokumentari tersebut kini sudah boleh ditonton di The Amazon Prime Video dan jelas sekali dari awal ia ditayangkan sudah banyak kontroversi yang tercetus.
Paul Pogba will reveal the reason for his Juventus return in the 'Pogmentary' 👀 pic.twitter.com/ukttHK86cB
— ESPN FC (@ESPNFC) June 15, 2022
Dalam episod pertama dokumentari tersebut, Pogba dilihat bersama peguamnya, Rafaela Pimenta sedang berbual di rumahnya.
Kedua-dua mereka berbual dan kemudiannya menghubungi bekas ejen Pogba, mendiang Mino Raiola menerusi panggilan video.
Ketika adegan itu dirakam, Pogba sebenarnya sedang berunding dengan United untuk menandatangani kontrak baru dengan kontrak asal beliau ketika itu berbaki setahun sahaja.
Para peminat skuad Man Utd terkejut ketika mendengar Paul Pogba menuduh Red Devils tidak pandai menjaga hati dan perasaan beliau sepanjang kariernya di Old Trafford.
Raiola ketika itu memberitahu Paul Pogba yang Manchester United sebenarnya sangat berhasrat mahu beliau kekal di Old Trafford.
Paul Pogba had some strong words in his new documentary 🔴pic.twitter.com/X0vnhP3wzj
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) June 17, 2022
Pogba walau bagaimanapun tidak gembira mendengar kenyataan dari ejennya itu dengan beliau kemudiannya meluahkan tentang rasa tidak puas hatinya terhadap layanan dari pihak kelab.
“Bagi semua pemain, mereka perlu rasa yang mereka penting untuk kelab. Dan mereka perlu rasa penting dalam pasukan mereka. Jika kamu tak ada rasa itu, maka tak berguna.”
Pogba kemudiannya telah ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau rasakan akan mampu untuk menggembirakan beliau.
“Dapat jadi sebahagian dari projek yang mana saya turut terlibat sama.”
Jawab Pogba.
“Di sini, saya kembali dari kecederaan, mereka tak bantu saya, mereka tak peduli tentang bagaimana saya rasa, jadi saya perlu sertai skuad kebangsaan untuk dapatkan semula keyakinan saya.”
Mendengar komen dari Paul Pogba jelas sekali akan membuatkan penyokong Manchester United berasa kecewa.
Paul Pogba will sign his contract with Juventus at the beginning of July, the expectation into the club is now clear. Final details are being discussed but verbal agreement is in place for his return. ⚪️⚫️🇫🇷 #Juventus
Pogba has turned down Man City approaches one month ago. pic.twitter.com/BlgR3ZWiRb
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 15, 2022
Sebaik video tersebut ditayangkan pada awal minggu baru-baru ini, terdapat banyak kenyataan dari Paul Pogba yang sebenarnya telah mengguris hati para penyokong Red Devils.
Lebih teruk lagi, Paul Pogba turut mendedahkan yang nilai £300,00 yang United tawarkan kepadanya itu sebenarnya langsung tiada nilai.
Pogba menerima tawaran gaji bernilai £290,000 seminggu atau £15,080,000 setahun bersama Manchester United.
Nilai pendapatan beliau itu sebenarnya sangat tinggi dan agak keterlaluan jika dibandingkan dengan prestasi yang beliau tunjukkan di atas padang.
Paul Pogba is ready to prove Man United wrong 😤 pic.twitter.com/slToYyg5zI
— ESPN UK (@ESPNUK) June 16, 2022
Walaupun aksi Pogba tidak seperti yang diharapkan, namun Man Utd sendiri turut beberapa kali mencuba untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang Perancis itu.
Namun begitu, Paul Pogba dengan angkuhnya menganggap yang tawaran £300,000 dari Man Utd itu sebenarnya tiada nilai dan tak membawa apa-apa maksud.