Pogba dikira murah dengan dibeli pada harga £89 juta. Itulah kenyataan Jose Mourinho.
Ini kerana, Mourinho mengambil kira faktor visi kelab pada masa akan datang. Beliau berkata:
“Saya fikir dalam beberapa tahun yang lalu anda rasakan harga Pogba murah.”
“Tetapi saya perlu akui bahawa tidak banyak kelab yang ada visi seperti United. United ada visi tentang apa yang bakal berlaku dalam masa terdekat.”
“Beberapa tahun lalu, £25 juta adalah harga untuk seorang pemain luar biasa. Hari ini anda tidak akan mendapat pemain (peak) dengan harga £25 juta, ia adalah harga untuk pemain prospek.”
Paul Pogba pemain luar biasa
“Saya berpendapat dia (Pogba) dalam keadaan yang luar biasa. Tetapi saya juga berpendapat, penilaian seperti ini sukar untuk orang berikan kepada Pogba.”
“Ketika dia bermain dengan sangat baik, banyak kali dia bermain baik, orang tetap akan merasakan dia hanya bermain biasa-biasa sahaja.”
“Namun, apabila dia bermain dengan kurang baik dalam beberapa perlawanan, para pundit dan penyokong akan menghentam dia dengan teruk.”
Ketika ditanya prestasi semasa Paul Pogba yang terlalu banyak melakukan cubaan terkena tiang, Mourinho berkata:
“Saya akan lebih gembira jika ia adalah gol. Bayangkan 8 bola terkena tiang itu menjadi gol?”
“Tapi tidak mengapa, dia masih mudah. Dia akan belajar dan perlahan-lahan memperbaikinya dalam haluan (direction) yang betul dan dia akan menjadi pemain yang hebat.”
Mourinho juga berpuas hati dengan kejayaan Pogba bermain di peranan lebih di bawah (deeper role). Ini kerana pemain tersebut telah memberikan lebih kestabilan dan keseimbangan kepada pasukan mereka.
Baca juga: Manchester City Mahukan Messi Dengan Harga £100 juta, Tawar Gaji Lumayan