Paul Pogba Dikecam Kerana Lakukan ‘Dab’ Di Majlis Memperingati Munich Air Disaster

Melakukan perkara yang tidak kena dengan sesebuah majlis pastinya akan membuatkan individu yang berbuat sedemikian akan dipersoal tindakannya itu.

Terutamanya dalam majlis formal atau majlis bersedih seperti majlis memperingati mangsa yang mengalami tragedi.

Baru-baru ini, bintang Manchester United iaitu Paul Pogba telah diterima kecaman diatas tindakan yang dilakukan beliau ketika melakukan majlis memperingati mangsa bagi Munich Air Disaster yang dilangsungkan di Old Trafford.

Pemain tengah itu dikecam kerana melakukan gerakan yang sering beliau lakukan iaitu dab.

Kecaman itu diberikan menerusi media sosial dengan beranggapan ianya tidak menghormati majlis tersebut.

Namun seorang penyokong Manchester United tampil memberikan penjelasan mengenai insiden itu.

Jon Neild yang merupakan penyokong Manchester United telah memberikan penjelasan dengan mengatakan Pogba melakukan dab untuk menceriakan anaknya iaitu Alex.

Alex yang merupakan seorang kanak-kanak kelainan upaya sebelum itu, bergambar bersama-sama David De Gea selepas majlis memperingti mangsa Munich Air Disaster diadakan.

Selepas itu, De Gea memanggil Pogba dan juga Juan Mata untuk pergi kepada Alex.

Pogba ketika itu terus melakukan dab dengan niat untuk menggembirakan anak kecil itu yang turut melakukan dab terhadap pemain kebangsaan Perancis itu.

“Kanak-kanak gemar melakukan dab dan apabila Pogba melakukan dab semula kepada mereka, ia satu perkara yang menggembirakan mereka.”

Menurut Neild, Pogba dikecam oleh seorang penyokong Arsenal mengenai tindakan tersebut yang dianggap tidak menghormati majlis.

Namun begitu, kecaman yang dilakukan menerusi Twitter itu telah pun dipadam.

“Saya tahu penyokong Arsenal itu mengecam Pogba dan beliau telah padam tweet itu. Ia merupakan sisi buruk bagi Internet.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN