Paul Pogba sekali lagi membuatkan penyokong Manchester United resah dengan komen beliau di khalayak umum.
Musim lalu, Paul Pogba pernah ‘dibekukan’ oleh Jose Mourinho daripada pasukan utama selepas memberikan komen tentang spekulasi beliau ke Real Madrid.
Kali ini Pogba tampil dengan komen; menyatakan beliau sudah bersedia untuk mencari cabaran yang baru di tempat lain. Paul Pogba menjadi sasaran beberapa kelab besar dalam perpindahan kali ini termasuk Real Madrid dan Juventus.
BREAKING: Paul Pogba puts Juventus and Real Madrid on red alert as £89million superstar makes startling transfer admission to rock United.
'It could be a good time to have a new challenge somewhere else'https://t.co/r3v8fU1lH8 pic.twitter.com/SsQ5dmY7t3
— Mail Sport (@MailSport) June 16, 2019
Koresponden Sky Sports, Kaveh Solhekol sebelum ini melaporkan, Pengarah Sukan Juventus, Fabio Paratici turut ada bertemu pihak Man. United untuk membawa Paul Pogba ke Juventus – selepas mereka bertemu dengan pihak Chelsea.
Juventus sporting director Fabio Paratici was in London last week for talks with Chelsea about Maurizio Sarri. Also met Manchester United to discuss Paul Pogba. Juventus want Pogba back but not at £150m
— Kaveh Solhekol (@SkyKaveh) June 16, 2019
Bercakap kepada wartawan, Pogba berkata: “Terlalu banyak perkara yang berlegar di fikiran. Saya sudah bermain di Manchester United selama 3 tahun – dan saya melakukannya dengan baik sekali. Ada momen yang indah, dan ada momen yang tidak baik, sama seperti orang lain di mana sahaja.”
Pogba kemudian menganggap beliau melalui musim yang terbaik secara individu. Berikut adalah statistik untuk Pogba bersama United dalam EPL musim 2018/19:
https://twitter.com/utdxtra/status/1140262082996314113
“Selepas tamat musim ini, dan semua yang telah berlaku, dengan musim ini merupakan musim terbaik saya, ianya boleh jadi masa yang tepat untuk mencari cabaran yang baharu di tempat lain.”
Selain daripada Juventus – pasukan Real Madrid juga dikatakan serius mahukan Paul Pogba. Pemain tengah itu menjadi sasaran utama Zinedine Zidane. Dan Real Madrid dikatakan sedia untuk menuruti apa sahaja permintaan Pogba – terutama sekali gaji yang tinggi.
Musim lalu, ejen Paul Pogba – Mino Raiola – telah bertemu dengan pengurusan Man. United untuk meminta kenaikan gaji Pogba agar sama dengan Alexis Sanchez. Ini kerana menurut Raiola, Pogba merupakan pemain terbaik United dan berhak mendapat gaji yang lebih tinggi. Namun pihak Man. United menolak permintaan itu.
Real Madrid dalam jendela perpindahan kali ini sudah berbelanja £276 juta dengan kehadiran Eden Hazard (£88.5 juta), Éder Militão (£44 juta), Rodrygo (£40 juta), Luka Jovic (£57.7 juta), Ferland Mendy (£44 juta) dan Takefusa Kubo (£1.8 juta).
Real Madrid dalam proses untuk menjual beberapa pemain mereka – terutama sekali beberapa pemain berprofil tinggi yang tiada dalam perancangan Zinedine Zidane.
Juventus sebelum ini cuba mendapatkan Sergej Milinkovic-Savic. Tetapi tidak mampu menurut permintaan Lazio yang mahukan £80 juta. Juventus merasakan harga tersebut terlalu tinggi, dan lebih baik mereka memburu Paul Pogba. Pemain yang pernah mereka tandatangani dari Man. United dan dijual semula ke kelab itu dengan nilai £89.3 juta.
Selain itu, hubungan Pogba dengan pengurusan Juventus terutama sekali Fabio Paratici dijangka boleh memainkan peranan penting dalam perpindahan kali ini. Juventus baru mendapat pengurus yang baharu, jadi mereka sudah mulai mengorak langkah untuk menandatangani pemain.