Paul Parker: Rooney Terlebih Berat Dan Lambat

Walaupun suasana kembali ceria di kem United, namun tetap ada yang tidak selesa dengan apa yang berlaku di dalam pengurusan pasukan.

Beliau adalah pundit Foxsports, Paul Parker yang juga bekas pertahanan Manchester United dan England pada awal 90-an.

maxresdefault (1)

Bekas pertahanan United, Paul Parker lantang mempersoalkan pemilihan Rooney dalam kesebelasan utama United. Parker melabel kapten United itu ‘Overweight and Slow.”

3738046300000578-3743812-Wayne_Rooney_scored_at_Bournemouth_but-m-3_1471373720786

Paul Mahu Rooney Buktikan Dia Benar Benar Layak Bermain

Bercakap kepada 888.com Paul Parker berkata:

“Ini adalah musim penentuan untuk Rooney. Ia bukan lagi soal rekod apa lagi yang beliau akan pecahkan. Tetapi ia adalah perhitungan masa depan yang mungkin juga akan menjadi penamat kariernya di Manchester United.”

“Dia perlu membuktikan nilai yang ada padanya dan juga kenapa dia layak untuk berada dalam pasukan. Bukan semata-mata kerana pemasaran”

“Ramai pihak memuji dan menghargai apa yang dia lakukan selama ini – dengan banyak gol yang dia jaringkan. Tetapi bola sepak adalah berkaitan dengan apa yang anda ada sekarang. Jadi, penilaian harus dibuat sekarang juga.”

Paul Parker:Rooney Overweight And Slow

“Bayangkan, jika seseorang itu tidak pernah melihat Wayne Rooney dan hanya mendengar nama beliau sahaja. Kemudian mereka terserempak dengan Rooney.”

“Mereka pasti akan tertanya-tanya ‘Siapakah orang ini? Dengan terlebih berat badan dan slow“.

roo

“Dia seperti tidak boleh bergerak atau mengalihkan badan dengan cepat.”

Komen Tentang Pogba

Paul Parker turut memberikan penilaian awal beliau ke atas pembelian GBP90 juta United, Paul Pogba yang dijangka akan membuat debut kali kedua beliau dalam perlawanan menentang Southampton di Old Trafford pada Jumaat ini.

Paul Parker tahu, Pogba akan menjadi pemain utama dalam kesebelasan Mourinho namun beliau masih samar tentang peranan yang akan diberikan kepada Pogba.

Paul Parker juga tidak yakin dengan kehadiran Pogba akan memberikan impak besar ke dalam kem United selepas perpindahan dengan rekod dunia.

20130212.163116_st_paul

“Bercerita tentang Paul Pogba, ia membuatkan anda tertanya-tanya banyak persoalan.”

“Selepas melihat cara beliau bermain di Juventus. Adakah dia sesuai dengan corak permainan Manchester United ?,”

30C236A500000578-0-image-a-18_1454250622299

“Adakah dia akan bermain di belakang Ibrahimovic? Itu adalah peranan Rooney. Adakah Rooney akan disisihkan?”

“Tidak! Rooney tidak akan disisihkan. Dia akan bermain – walaupun dia tidak layak.”

“Mereka terpaksa turunkan beliau. Jadi ia adalah situasi yang sukar.”

“Mampukah dia menjadi sehebat Roy Keane atau Bryan Robson? Saya masih tertanya-tanya mengenai peranan beliau di bahagian tengah.”

“Saya juga risau kalau dia cuba melakukan terjahan dan cuba merapati pihak lawan (closing down) – Dia tidak berkaki panjang. Dia juga tidak ada kaki yang pantas (quick feet) dan mudah tersungkur. Itu yang akan menjadi masalah, ”

“Jika dia diturunkan di holding midfielder ia akan menjadi satu pembaziran dan sia-sia kerana dia bukan pemain tipikal Makelele ataupun John Obi Mikel.”

“Satu perkara Mikel pandai lakukan ialah merapati pihak lawan.”

Kritikan Paul Parker ini pasti akan mengundang kemarahan penyokong United yang sedang dalam suasana harmorni sejak era Mourinho dan adanya bintang yang boleh menyatukan mereka seperti Ibrahimovic.

CFRxMc5VAAAuxCv

Paul Parker pernah membantu United merangkul 2 gelaran EPL bersama United selepas perpindahan GBP2 juta dari QPR pada 1991.

papp

Sebagai rekod pula, Rooney telah menjaringkan 246 gol sejak berpindah ke Old Trafford dari Goodison Park pada tahun 2004. Rooney berada di tangga kedua dalam senarai penjaring gol sepanjang zaman kelab itu dan hanya dibezakan 3 gol di belakang Sir Bobby Charlton.

Mourinho juga menyatakan, beliau akan cuma menurunkan Rooney sebagai penyerang dan tidak sesekali posisi lain seperti mana yang dilakukan Van Gaal dan Moyes.

Kami berharap, Ibrahimovic akan menjawab persoalan Paul ini dalam masa terdekat.

Sumber:
1. Dailymail
2. PunditArena

Baca juga: Posisi Terbaik Rooney Di England: Penyerang, Box-to-box, No.10 Atau Perancang Utama?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN