Paul Merson: Arsenal Tak Mampu Juarai EPL Walaupun Dilatih Guardiola

Bekas pemain Arsenal, Paul Merson mengakui bahawa profil pengurus bukanlah perkara utama yang menjadi permasalahan buat kelab tersebut untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Merson yang merupakan penyerang Arsenal pada sekitar tahun 1987 hingga 1997 melihat walaupun Pep Guardiola yang membimbing pasukan itu, masih tidak mampu untuk membawa The Gunners muncul juara EPL.

Beliau beranggapan Arsenal amat memerlukan sebuah pasukan benar-benar berkualiti bagi merealisasikan impian untuk mengulangi pencapaian skuad 2003/04 yang muncul juara ketika berada di bawah kendalian Arsene Wenger.

”Adakah tidak lama lagi Arsenal akan mencabar kejuaraan? Walaupun sekiranya Pep Guardiola yang membimbing pasukan, tidak. Tidak pada ketika ini.”

”Arsene Wenger selalu mengatakan tentang perkara ini, ia adalah berkaitan pemain dan untuk Arsenal pada ketika ini, ini bukan pasukan yang cukup bagus, bukan skuad yang cukup bagus,” jelas Merson menurut laporan dikeluarkan Goal.

Paul Merson
LONDON, UNITED KINGDOM – APRIL 18: Arsenal player Paul Merson with the League Cup and the man of the match trophy after the 1993 Coca-Cola Cup Final between Arsenal and Sheffield Wednesday at Wembley on April 18, 1993 in London, England. Arsenal won 2-1.(Photo by Professional Sport/Popperfoto via Getty Images/Getty Images)

”Saya meminati Mikel Arteta, saya sangat meminatinya dan saya merasakan dia akan melakukan sesuatu yang lebih baik berbanding pengurus terdahulu, Unai Emery, tetapi dalam masa yang sama, untuk mencabar kejuaraan liga saya merasakan mereka masih terlalu jauh beribu batu.”

”Mereka tidak mampu untuk bertahan, dan jika anda tidak berupaya untuk bertahan, anda tidak boleh bersaing untuk meraih gelaran juara.” ujar Paul Merson lagi.

Kehadiran Arteta pada 20 Disember 2019 sedikit memberikan sinar baharu buat Arsenal apabila mencatatkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga sebaik sahaja memasuki tahun 2020 di mana kelab London Utara itu menang empat perlawanan dan empat perlawanan lagi berkesudahan dengan keputusan seri.

Selepas mengharungi 28 perlawanan EPL setakat ini, Arsenal hanya menghuni tangga kesembilan selepas mengumpul 40 mata hasil sembilan kemenangan, 13 keputusan seri dan enam kekalahan yang dicatatkan.

Kredit foto: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN