Paul Gascoigne Didakwa Atas Tuduhan Serangan Seksual

Bekas pemain antarabangsa England, Paul Gascoigne telah ddidakwa kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita di sebuah keretapi pada Ogos lalu.

Menurut laporan Sky Sports, bekas pemain berusia 51 tahun itu ditahan di Stesen Keretapi Durham pada 20 Ogos lalu. Melalui satu kenyataan pada Isnin lalu, pihak polis mengesahkan Gascoigne didakwa kerana melakukan serangan seksual – selepas berlakunya sentuhan di antara bekas pemain dan wanita yang menjadi mangsa.

Nafi perbuatan

Gascoigne bagaimanapun menafikan perbuatan itu – dan mengaku tidak bersalah akan perbuatan tersebut melalui akaun twitter peribadinya. Malah beliau menegaskan perbuatan tersebut telah disalah ertikan selepas dan mendakwa beliau bertindak demikian untuk menenangkan wanita tersebut.

(Photo by Anthony Harvey/Getty Images)

Sebahagian daripada kenyataan di twitter tersebut bagaimanapun dipadam beberapa minit selepas itu.

Gascoigne dijadualkan akan tampil di Mahkamah Majistrey Newton Aycliffe pada 11 Disember untuk berhadapan dengan tuduhan.

15 Jun 1996: Paul Gascoigne of England celebrates scoring England’s second goal in the England v Scotland match in Group A of the European Football Championships at Wembley. England beat Scotland 2-0.
Sejarah lampau

Ketika masih bergelar pemain profesional, Gascoigne pernah menyarung jersi beberapa kelab utama eropah anataranya – Newcastle United, Tottenham Hotspur, Lazio dan juga Rangers.

Paul Gascoigne dianggap sebagai pemain- antara yang paling berbakat – bola sepak Inggeris pernah lahirkan dan memiliki 57 caps antarabangsa. Namun beliau berhadapan dengan masalah ketagihan alkohol selepas bersara sepenuhnya daripada bola sepak pada 2004.

Gascoigne adalah pemain tulang belakang The Three Lions di Piala Dunia 1990 dan juga kejohanan Euro 1996. England mara ke separuh akhir di kedua-dua kejohanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN