Paul Clement: Sigurdsson Hampir Seperti Lampard, Lebih Baik Dari Beberapa Bintang Bayern

Paul Clement menyamakan Sigurdsson sehebat Lampard. Itulah kenyataan pengurus baru Swansea City kepada pemain bintang beliau.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu sebaik sahaja lagenda England itu bersara minggu lalu.

Ia mengundang reaksi pelbagai pihak. Ada yang berpendapat beliau tidak perlu menyamakan pemain tersebut dengan seorang lagenda.

Namun Paul Clement mungkin ada alasan tersendiri, ataupun ia cara untuk menaikkan motivasi pemain beliau.

Profail pengurusan Paul Clement juga agak bagus.

Namun kebanyakannya menjadi pembantu kepada Ancelotti di kelab-kelab besar seperti PSG, Chelsea, Bayern Munich dan Real Madrid.

Selepas mengeluarkan kenyataan perbandingan tentang Lampard, beliau turut melabel Gylfi Sigurdsson lebih hebat daripada beberapa bintang Bayern Munich.

Jawatan terakhir Paul Clement sebelum menguruskan Swansea City adalah menjadi pembantu Ancelotti di Bayern.

Beliau bekerja setiap hari dengan pemain-pemain Bayern, lalu beliau menilai ada beberapa pemain bintang Bayern tidak sehebat Sigurdsson.

Dan ada di antaranya seperti tidak berhak bermain dengan pasukan besar, jika dibandingkan dengan Gylfi Sigurdsson.

Namun Paul Clement tidak pula menyebut nama mereka.

Beliau berpendapat Glyfi Sigurdsson selayaknya bermain untuk kelab seperti Real Madrid dan Bayern Munich.

Ini kerana pemain ini sentiasa berusaha keras di dalam padang.

Paul berkata kepada Wales Online:

“Saya telah melihat ramai lagi pemain yang lebih teruk daripada Gylfi.”

“Tetapi mereka tetap bermain di kelab-kelab yang besar tempat saya bekerja dahulu.”

“Berbeza dengan Sigurdsson. Dia seorang yang amat komited kepada kelab ini dan pasukan.”

“Salah satu perkara yang paling menakjubkan mengenai beliau adalah sikap dia yang sentiasa bekerja keras.”

“Dia seorang pemain yang tidak jauh berbeza dengan Lampard, dia berusaha setiap hari untuk menjadi yang terbaik.”

“Ia adalah penting untuk mengekalkan pemain yang terbaik dan anda boleh melihat impak yang mereka berikan.”

“Fernando Llorente dan Sigurdsson adalah pemenang, anda perlu mengekalkan pemain terbaik anda. Itu perkara biasa.”

Paul Clement juga mengakui dia cuba memujuk Lampard untuk bermain dengan Swansea sebelum bersara.

Namun Lampard menolak tawaran tersebut kerana merasakan era bola sepak beliau sudah berakhir.

Baca juga: Stadium Darul Aman Bakal Tinggal Sejarah, Apa Reaksi Anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN