Paul Alcock Berkongsi Pengalaman Ketika Ditolak Paulo Di Canio

Semua peminat bola sepak masih ingat ataupun pernah mendengar, membaca serta menonton di youtube insiden melibatkan Paulo Di Canio dan pengadil Paul Alcock pada September 1998.

Paulo Di Canio ketika itu bermain untuk Sheffield Wednesday. Beliau adalah bintang pujaan kelab tersebut selepas menyertai mereka dari Celtic. Di Canio adalah penjaring terbanyak Sheffield pada musim pertama beliau.

Satu insiden yang paling diingati dalam EPL melibatkan Di Canio dan Paul Alcock. Di Canio telah menolak pengadil tersebut gara-gara tidak berpuas hati dilayangkan kad merah.

Di Canio bertelagah dengan pemain Arsenal, Martin Keown. Di Canio telah mencakar muka Keown membuatkan pengadil melayangkan kad merah kepada beliau.

Gila dan marahnya Di Canio ketika itu terus menolak Alcock sehingga pengadil tersebut terjatuh. Gaya Alcock jatuh agak kelakar dan beliau (Alcock) sendiri mengakuinya dalam temu ramah beliau pada Februari lalu.

Alcock berkata:

“Saya hilang keseimbangan badan ketika itu. Ia memang detik memalukan untuk jatuh seperti itu di siaran tv umum. Tetapi saya betul-betul hilang keseimbangan badan.”

Alcock sudah besedia awal untuk berhadapan dengan ‘bad-boy’ Di Canio. Beliau dan beberapa rakan pengadil lain memang kerap berbicara tentang pemain yang hebat tetapi panas itu.

“Berhadapan dengan pemain seperti Di Canio adalah sesuatu yang bukan mudah. Pertama kalinya, saya seperti diserang barah. Kalu kedua pun sama. Dan kali ketiga saya memang sudah bersedia.”

“Saya berada di tempat yang salah berhadapan dengan orang Itali yang salah.”

“Ia telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia. Tapi mujurlah skandal Bill Clinton dan Monica Lewinsky membuatkan saya tidak berada di muka hadapan akhbar.”

“Selepas 20 tahun berlalu, orang ramai masih terlalu ingat akan peristiwa itu dan mereka seringkali bergurau dengan saya tentangnya.”

“Sehingga ke hari ini, saya tidak teringin untuk melihat ulang tayang insiden itu.”

Sebagai hukuman, Di Canio dikenakan penggantungan selama 11 perlawanan oleh FA.

Ketika ditemuramah, Paul Alcock sedang bertarung nyawa kerana pelbagai penyakit. Pada September 2015, beliau dibedah pada bahagian muka.

Alcock kini tidak boleh makan menggunakan mulut. Beliau makan menggunakan tiub khas yang dimasukkan menerusi usus beliau.

Paul Alcock bertugas sebagai pengadil FA Inggeris dari 1998 sehingga 2002.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN