Pemain pertahanan Villareal, Pau Torres serta bintang muda Sporting Braga, David Carmo telah disenaraikan sebagai sasaran utama Real Madrid sebagai pengganti Sergio Ramos untuk jangka masa panjang
Sehingga kini masa depan kapten pasukan itu masih menjadi tanda tanya memandangkan beliau masih belum menandatangani kontrak baharu selepas diminta untuk menerima pemotongan gaji sekiranya mahu kekal di Santiago Bernabeu.
Dengan masa yang semakin suntuk, skuad kendalian Zinedine Zidane itu perlu bersedia untuk kehilangan pemain yang terlah berkhidmat selama 16 tahun itu sejak tiba dari Sevilla pada 2005 dan mendapatkan pemain yang mempunyai keupayaan untuk menjadi benteng pasukan.
Real Madrid’s insistence that Sergio Ramos takes a pay cut is so that the club can continue to pay Gareth Bale next season.
They can't afford to match Ramos' current salary and hope he agrees to a pay cut so they can pay Bale the €30m they owe him for next year.
(Source: AS) pic.twitter.com/14Gp3CCzui
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 13, 2021
Menjadi tradisi The Los Blancos untuk mempunyai seorang pemain Sepanyol sebagai tonggak pertahanannya. Sebelum Ramos, di sana adanya kelibat Jacinto Quicoces, Jose Antonio Camacho, Manolo Sanchis dan Fernando Hierro.
Torres kini sudah pun mengumpul tujuh kaps bersama skuad kebangsaan dan dianggap sebagai prospek masa depan Sepanyol. Beliau seharusnya menyambar peluang untuk disenaraikan sebaris dengan legenda-legenda yang disebutkan di atas.
Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai klausa pelepasan bernilai €50 juta. Berdasarkan prestasi semasanya bersama The Yellow Submarine, pastinya Real Madrid sunggup mengeluarkan belanja besar untuknya.
ℹ️ Real Madrid expect @SergioRamos to leave the club at the end of the season and Villarreal's Pau Torres is a strong candidate to replace him in the squad. Madrid is also attentive to Sevilla's Jules Koundé. [@MarioCortegana via @GoalEspana] 🇪🇸 pic.twitter.com/lakxf5KkXe
— Infinite Madrid (@InfiniteMadrid) February 18, 2021
Selain itu, skuad pemantau bakat Real Madrid juga dilaporkan telah mula merisik perkembangan Carmo di Portugal. Pemain berusia 21 tahun itu telah dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi Eropah yang bersedia untuk menebus klausa pelepasannya yang bernilai €40 juta.
Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan pemain pertahanan Bayern Munich, David Alaba telah pun menandatangani pra-kontrak dan akan menyertai Real Madrid secara percuma sebaik sahaja kontraknya bersama kelab Jerman tersebut tamat pada penghujung musim ini.
Gandingan Raphael Varane bersama Eder Militao jelas tidak mencapai keserasian yang diharapkan. Mungkin ianya menjadi sebab utama untuk Real melakukan perubahan besar di bahagian pertahanannya.
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Sergio Ramos dan Real Madrid:
6 Rekod Sergio Ramos Terpaksa Lupakan Sekiranya Tinggalkan Real Madrid
7 Pemain Yang Terjerat Badi Sumpahan Kecederaan Selepas Sertai Real Madrid