Pau Marti Vicente Terus Beri Sokongan Buat Harimau Malaya

Bekas pengendali Harimau Malaya tampil dengan menyatakan pendirian beliau untuk terus menyokong skuad kebangsaan pada masa hadapan walau kini dirinya tidak lagi mengendalikan pasukan tersebut.

Terdahulu, Pau Marti secara rasminya kini tidak lagi akan bersama skuad kebangsaan, selepas tugasannya selaku jurulatih utama Malaysia sudah pun berakhir di saingan Asean Championship 2024.

Ini berlaku apabila Malaysia sekadar terikat seri tanpa jaringan ketika aksi keempat mereka dalam saingan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Jika dilihat daripada segi percaturan, segalanya berjalan dengan sangat lancar buat Pau Marti kepada para pemain di atas padang menerusi penguasaan bola serta peluang mencipta jaringan.

Namun, nasib tidak menyebelahi beliau dan Harimau Malaya apabila 20 percubaan dilepaskan mereka sepanjang tempoh perlawanan berlangsung gagal diterjemahkan dalam bentuk gol.

Walaupun kini tidak lagi bersama Malaysia, jurulatih dari Sepanyol itu tetapi memberi sedikit nasihat buat pengendali baharu dari Jepun iaitu Peter Cklamovski untuk menjaga dengan baik para pemain kebangsaan.

Malah, bekas jurulatih pembangunan Barcelona itu juga percaya Malaysia masih memiliki potensi besar setelah melihat pada perkembangan ditampilkan oleh para pemain.

“Bagi saya, yang penting adalah menjaga pemain. Saya percaya ada potensi besar dalam pasukan ini, dan penting untuk memastikan pemain terus mencabar diri mereka untuk mencapai tahap terbaik yang boleh dicapai,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, Pau Marti turut mendoakan yang terbaik buat jurulatih baharu kebangsaan dan kekal menjadikan Harimau Malaya selaku skuad kebangsaan diminatinya.

“Saya doakan yang terbaik untuk beliau (pengendali baharu) dan seluruh pasukan. Harimau Malaya kini akan menjadi pasukan kebangsaan kegemaran saya.

“Saya akan terus menyokong dari rumah dan berharap pasukan ini mencapai apa yang mereka inginkan,” kata beliau akhir sekali.

Ketika ini, debaran mula dirasai peminat untuk melihat bagaimana Peter mampu untuk memacu skuad kebangsaan ke arah lebih baik pada masa hadapan.

Sudah tentu hasrat peminat kini untuk melihat skuad kebangsaan terus melayakkan diri ke pentas Piala Asia edisi akan datang selepas ia berjaya dilakukan melalui era kepimpinan Kim Pan-gon di posisi jurulatih utama lalu.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN