Pau Marti Sasar Raih Kemenangan Pada Aksi Bertemu Filipina

Pengendali baharu Harimau Malaya iaitu Pau Marti Vicente pastinya menjadi individu paling sibuk kini mempersiapkan barisan pemainnya untuk menghadapi ujian sulung beliau di pentas kejohanan Pestabola Merdeka 2024.

Walaupun pernah berada di bangku kejurulatihan Harimau Malaya sebelum ini, ianya jelas merupakan suatu cabaran berbeza perlu dihadapi Pau Marti kini selepas bergelar jurulatih utama.

Apa tidaknya, pengendali dari Sepanyol ini memiliki tugas penting untuk memastikan momentum dibawa Kim Pan-gon sebelum itu terus berjalan lancar buat Malaysia di pentas antarabangsa.

Apatah lagi, Pau Marti juga ‘memujuk’ para penyokong negara yang patah hati sebelum ini dengan kehilangan Kim selaku pengendali utama Harimau Malaya.

Berdepan Filipina pada aksi sulung, sudah tentu pengendali berpengalaman itu perlu memastikan segalanya berjalan lancar serta membuka kembali pintu hati kebanyakan penyokong untuk bersama mereka.

Menyedari banyak bebanan diletakkan kini kepada Pau Marti, pengendali tersebut tampil menyatakan beliau tidak merasa tertekan menggalas tanggungjawab selaku jurulatih utama Malaysia.

Malah, beliau juga menganggap itu sebagai suatu penghormatan cukup besar buat dirinya untuk menjadi pemimpin baharu buat skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Fokus utama bekas pembantu jurulatih akademi Barcelona itu kini hanya untuk membawa kemenangan buat Malaysia dengan menjadikan Filipina selaku mangsa.

“Sebelum ini saya sudah bertindak sebagai penolong jurulatih. Saya terbabit dengan banyak kelab dan pasukan yang berada pada tahap berbeza.

“Saya sedar mengenai tugas sebagai ketua jurulatih, bagi saya tiada tekanan. Saya akan menggalas cabaran dan peluang ini yang mana saya juga mahu membantu pemain meningkat,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Untuk saingan kali ini, sudah tentu ramai mengharapkan Pau Marti mampu membawa Malaysia meraih kejuaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas ianya gagal dimuktamadkan pada tahun lalu.

Pada masa sama, beliau juga berharap supaya setiap pemain mampu memberikan kerjasama terbaik untuk memastikan skuad kebangsaan meraih keputusan lebih baik.

“Objektif kami di Pestabola Merdeka adalah untuk menang terlebih dahulu dengan Filipina dalam perlawanan pertama dan mahu pemain berikan kerjasama dan yakin mereka mampu berikan yang terbaik dan meraih kemenangan,” katanya akhir sekali.

Antara tonggak utama menyertai skuad kebangsaan kali ini termasuk penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Syafiq Ahmad serta beberapa nama besar lain.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN