Pau Marti Fokus Cipta Kejayaan Bersama Harimau Malaya

Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente kini sudah tentu menjadi antara individu paling mencuri tumpuan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sebelum aksi Pestabola Merdeka 2024 bermula.

Selepas Kim Pan-gon mengambil keputusan drastik untuk melepaskan jawatan selaku pengendali utama negara, posisi itu kini diisi oleh Pau Marti yang terdahulu hanya bertindak selaku pembantu jurulatih.

Tugas pertama beliau kini adalah untuk memastikan skuad kebangsaan tampil positif pada perlawanan sulung Pestabola Merdeka yang akan bermula pada hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Suka atau tidak, ianya merupakan tugas getir sebenarnya buat Pau Marti demi mendapatkan semula kepercayaan peminat Malaysia menerusi keputusan positif ditawarkan beliau bersama pemain di atas padang.

Apa tidaknya, segelintir penyokong Harimau Malaya sebelum ini tampil ‘patah hati’ akan keadaan skuad kebangsaan yang sedikit terumbang ambing dengan pelbagai cerita tidaj enak didengari.

Walaupun begitu, bekas pembantu akademi Barcelona itu tampil dengan fokus penuh kini untuk mempersiapkan segalanya terbaik demi Harimau Malaya.

“Pada akhirnya, saya hanya seorang jurulatih bola sepak dan bukan tugas saya untuk mengawal perkara ini (masa depan karier).

“Apa yang penting, fokus saya dalah untuk memastikan pasukan dapat melakar kejayaan dan bukan mudah untuk menang tetapi kita akan berusaha sebaik mungkin,” katanya menerusi Harian Metro.

Bertemu Filipina, ia merupakan suatu yang sangat istimewa sebenarnya buat Pau Marti kerana ia merupakan lawan pertama dihadapi beliau ketika menjawat selaku pembantu jurulatih pada tahun 2022.

Pada ketika itu, Kim Pan-gon merupakan jurulatih utama negara dan beliau berjaya memastikan Malaysia meraih kemenangan 2-0 di Singapura.

Kini, beliau bakal bertemu sekali lagi bersama Filipina dengan membawa status selaku jurulatih utama dan sudah tentu rekod positif tersebut ingin terus dipertahankan berbekalkan pengalaman beliau suatu ketika bersama Barcelona.

“Saya positif kita boleh meraih keputusan yang lebih baik. Apa yang berlaku pada masa lepas tidak akan menjejaskan motivasi pasukan.

“Fokus pasukan adalah untuk memikirkan tentang masa depan dan ketika ini, itulah perkara yang kita boleh kawal,” kata Vicente akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN