Pau Marti Akui Ada Jurang Antara Kualiti Pemain New Zealand & Malaysia

Pau Marti Vicente yang juga merupakan jurulatih utama Harimau Malaya melihat skuad kendaliannya hari ini bakal berdepan dengan misi cukup sukar untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang New Zealand.

Selepas beberapa hari mereka tiba di sana untuk mengharungi sesi latihan bagi menyesuaikan diri serta menjalani satu aksi persahabatan, kini tiba masanya untuk Harimau Malaya mempamerkan taring mereka cabaran daripada tuan rumah.

Momentum semasa sudah tentu menyaksikan tuan rumah memiliki segala kelebihan untuk menjadi negara pilihan meraih kemenangan pada aksi persahabatan tersebut.

Beraksi di halaman sendiri, rekod semasa di pentas antarabangsa, serta paling utama jurang kualiti antara pemain New Zealand jika dibandingkan pelawat menjadi asbab untuk mereka menjadi pasukan pilihan hari ini.

Lihat sahaja pada senarai pemain mereka yang dibawa untuk aksi persahabatan ini rata-ratanya beraksi di Eropah serta ada mewakili kelab ternama untuk menjadi percaturan utama dalam kesebelasan utama bertemu Malaysia.

Marko Stamenic, Chris Wood, Ben Old, Liberato Cacace antara pemain yang sedang bersinar kini di pentas Eropah dan pengalaman mereka sudah tentu ditagih untuk mengatasi pelawat.

Hal yang sama turut diakui Pau Marti Vicente, apabila beliau menyifatkan aksi ini sangat sukar kerana kualiti pemain lawan jika dibandingkan anak-anak buah beliau.

“Saya fikir ia satu perlawanan yang sukar di mana kebanyakan pemain mereka beraksi di Eropah di liga-liga utama dan New Zealand juga lebih banyak menentang pasukan di luar.

“Jadi sudah tentu motivasi mereka tinggi dan mahukan kemenangan di sini dan menang ke atas kita. Jadi kita perlu benar-benar bersedia untuk aksi hari ini,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Pada masa sama, Pau Marti juga yakin motivasi para pemainnya bakal bertambah jika kemenangan mampu diraih petang ini ketika menghadapi pasukan tuan rumah.

“Kalau pasukan di ranking 130 seperti kita dapat raih keputusan yang baik, sudah tentu ia menaikkan motivasi kita untuk terus meningkat di masa depan,” kata beliau akhir sekali.

Melihat kepada aksi petang ini, sudah tentu Pau Marti mempunyai pendekatan tersendiri untuk tampil berhati-hati menghadapi cabaran sengit mampu diberikan oleh New Zealand terutama membabitkan penguasaan bola.

Jangkaan kami, pemain berpengalaman serta memiliki kekuatan fizikal seperti Paulo Josue, Romel Morales, Endrick dos Santos, serta bintang Sabah iaitu Darren Lok bakal menjadi pilihan utama selaku penggempur utama Harimau Malaya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN