“Patriotik?” – TMJ Senaraikan 10 Sumbangan Besarnya Kepada Bola Sepak Negara

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil menjawab tuduhan peminat yang mempersoalkan sumbangan baginda dan JDT sendiri terhadap bola sepak Malaysia.

Dek kerana para pemain dari skuad JDT menolak untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, maka ramai peminat yang mengecam serta menghentam Juara Liga super Malaysia itu tanpa belas kasihan.

Tidak keterlaluan juga untuk menganggap yang ada seglintir peminat bahkan seolah-olah sudah lupa yang pemain-pemain JDT itu jugalah yang membantu negara untuk layak ke Piala Asia.

Boleh dikatakan setiap hari para peminat meratib menghentam JDT dan TMJ sendiri berkait hal tersebut dan ada antara mereka yang mempertikaikan sumbangan kelab Harimau Selatan itu dan pemiliknya sendiri terhadap bola sepak Malaysia.

Hari ini, TMJ tampil menjawab segala tuduhan peminat itu dengan menyenaraikan 10 sumbangan JDT dan baginda sendiri terhadap bola sepak Malaysia.

Menulis di story instagram miliknya, TMJ menyatakan:

“Challenge, kepada yang menyoal sumbangan saya dan JDT kepada pasukan kebangsaan dan bolasepak tanah air.”

Sumber: IG story TMJ

Tulis TMJ di instastory.

“Ini adalah fakta 10 sumbangan saya dan JDT.”

10 fakta dan sumbangan TMJ dan JDT 

Berikut merupakan 10 fakta dan sumbangan TMJ dan JDT sendiri menurut pemilik kelab Harimau Selatan itu.

1) JDT menyumbang 16 mata AFC MA Ranking- lebih slot utk kpd pasukan2 Liga Super ke peringkat Asia.

2) Membantu Malaysia mengutip 32.07 mata ranking FIFA- kedudukan 154 ke 146.

Sumber: IG story TMJ

3) JDT meminjamkan pusat latihan kepada skuad kebangsaan dan meminjamkan Stadium Larkin & Pasir Gudang utk tujuan latihan dan perlawanan persahabatan pada tahun 2021.

4) Menaja RM1.4 juta- menanam rumput Zeon Zoysia di SNBJ- bermula Mac 2023.

5) Meminjamkan kanvas stadium utk menjaga kualiti SNBJ sebelum perlawanan2 penting pasukan kebangsaan.

6) Memberi sebuah bas rasmi utk kegunaan pasukan kebangsaan pada 2017.

7) Merombak & mengecilkan saiz pentadbiran FAM utk menjaga kewangan FAM.

Sumber: IG story TMJ

8) Mengurangkan saman MP Silva terhadap FAM dari RM6.5 juta ke RM1.4 juta dan membayar RM1.4 juta menggunakan duit sendiri utk menyelesaikan kes saman FAM tu.

9) Membelanjakan RM12 juta duit sendiri utk melapuskan hutang2 lapuk FAM dan menyuburkan program2 akar umbi FAM.

10) Menghantar jurulatih skuad kebangsaan ke Sepanyol utk perkongsian profesional.”

Selepas menyenaraikan 10 sumbangan JDT dan baginda sendiri itu, TMJ mencabar semua pihak untuk menamakan siapa individu yang menyumbang lebih dari baginda untuk bola sepak tempatan.

“Sekarang saya cabar/challenge mana2 pihak atau individu untuk memberi saya 1 nama sesiapa yang telah memberi sumbangan yang lebih daripada saya kepada pasukan kebangsaan dan bolasepak tanah air. Termasuk pemimpin2 club anda.”

 

TMJ mengakhiri story IG beliau dengan menulis:

“Patriotik? Action speaks louder than words.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN