Patrik Schick Tambah Bisa Serangan RB Leipzig

Schick
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

RB Leipzig memuktamadkan kemasukan pemain baru ketujuh dan terakhir dalam aktiviti perpindahan musim panas ini dengan mendapatkan penyerang berusia 23 tahun, Patrik Schick, secara pinjaman selama setahun dari kelab Serie A, AS Roma.

Leipzig juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain tersebut secara pembelian tetap pada penghujung musim nanti. Pemain yang akan menyarung jersi nombor 21 itu memulakan kerjaya bola sepaknya dengan menyertai Sparta Prague pada tahun 2013 sebagai pelatih di akademi kelab berkenaan.

Beliau membuat penampilan pertama di Generali Arena ketika berusia 18 tahun dan beraksi cuma empat perlawanan sebelum dipinjamkan ke satu lagi kelab yang berpangkalan di Prague iaitu Bohemians 1905.

Pada Jun 2016, penyerang antarabangsa Republik Czech ini berhijrah ke Itali selepas Sampdoria berjaya menyambar beliau dengan harga cuma €4 juta. Prestasi beliau dalam musim pertamanya di Itali amat memberangsangkan setelah beraksi dalam 32 perlawanan liga dan menjaringkan 11 gol.

Pada Jun 2017, pemain yang mempunyai 17 kaps bersama pasukan kebangsaan Republik Czech itu pernah cuba dipancing oleh pasukan Juventus, malangnya beliau gagal melepasi dua ujian perubatan dan dipinjamkan ke AS Roma sebelum ditandatangani secara tetap pada musim seterusnya.

Dua musim di Stadio Olimpico, beliau beraksi 58 perlawanan dalam semua pertandingan disamping menjaringkan lapan gol serta bermain sembilan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pengarah Sukan RB Leipzig, Markus Krosche dalam ucapannya melahirkan rasa syukur di atas urusan perpindahan Schick yang dapat diselesaikan pada hari terakhir sebelum pintu perpindahan ditutup. Beliau berharap pemain tersebut dapat menambah kuantiti dan kualiti di bahagian serangan pasukan mereka.

“Patrik adalah seorang ahli sukan yang lahir dengan bakat semula jadi. Beliau turut membawa pengalaman di pentas antarabangsa bersamanya.

“Kehadirannya akan meningkatkan bahagian serangan dan menjadikan pasukan ini lebih versatil dan serba boleh.” kata Krosche.

Patrik Schick kini perlu bersaing untuk beraksi lebih kerap bersama The Red Bulls memandangkan barisan penyerang sedia ada di kelab itu bukanlah calang-calang pemain seperti Timo Werner, Emil Forsberg, Yussuf Poulsen, Ademola Lookman dan Mathius Cuenha.

“Saya sangat teruja dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang dibarisi pemain muda yang hebat dan saya tidak sabar untuk menghadapi cabaran baru bersama mereka semua.” ujar Schick kepada laman web rasmi Leipzig dalam temubual pertamanya di kelab itu.

“Sudah tentu kedatangan saya ke pasukan ini adalah dengan misi membantu pasukan ini mencapai sasaran.” tambahnya lagi.

Kredit foto: RB Leipzig

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN