Video: Viera Menyatakan Roy Keane Sentiasa Di Belakang Beliau

Permusuhan di antara Patrick Vieira vs Roy Keane memang antara yang paling terkenal di dunia bola sepak.

Kedua-dua pemain adalah kapten marvel untuk pasukan masing-masing di dalan pasukan. Menjadi kapten kepada 2 pasukan EPL yang hebat di era mereka.

Diiktiraf antara pemain terbaik dalam sejarah EPL.

Asal bertemu, sudah pastilah ada perbalahan, aksi provokasi secara verbal dan fizikal di dalam padang.

Namun menariknya, ITV pernah menjemput mereka duduk semeja untuk berbincang tentang permusuhan mereka. Jelas mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Namun, Patrick Vieira tampil mengusik semula perseteruan mereka dalam temu ramah dengan Copa 90. Vieira menjawab soalan peminat tentang beliau dan Keane. Veira berkata:

“Keane di sini, saya di sini (tangan kanan di atas tangan kiri).”

“Dia selalu melihat belakang saya. Dan saya tahu di dalam kepala dia sangat teringin nak memakai no.4.”

Vieira menyakat Keane yang kerap mengawasi beliau dari belakang. Pada masa yang sama, Keane memang terkenal dengan no.16 untuk United dan no.6 untuk Ireland.

Vieira menyambung:

“Sebenarnya saya sangat suka berhadapan dengan pemain ini. Dia ada satu persamaan dengan iaitu keghairahan di dalam padang.”

Ikuti temu ramah lagenda ini. Memang santai dan penuh usikan.

Ini adalah versi vidme yang hanya klip ketika Viera menyakat Keane.

Ini versi Youtube, versi ni penuh. Vieira menyatakan dia akan sentiasa menjadi peminat Arsenal. Kelab yang memberikan impak besar di dalam karier beliau.

Viera juga seperti peminat Arsenal yang lain. Kecewa dengan prestasi Arsenal yang kerap gagal menang perlawanan ‘boleh menang’ kerana ketumpulan dan isu lain.:

Baca juga: Juan Mata Cedera, Berehat Panjang Dan Dijangka Tamatkan Musim Lebih Awal!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN