Patrick Kluivert Pilih Bintang Serie A Selaku Kapten Indonesia

Pengendali utama Indonesia iaitu Patrick Kluivert memilih untuk kekalkan pemain bintang Serie A di Itali iaitu Jay Idzes selaku kapten utama Indonesia bagi siri perlawanan antarabangsa akan datang.

Terdahulu, Jay sudah pun dipilih selaku pemimpin utama kelab di atas padang sejak era Shin Tae-yong menerusi pengalaman serta kualiti beliau untuk memacu rakan-rakan sepasukan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan oleh bekas tonggak Barcelona itu, ia sekali gus menutup persoalan yang ditimbulkan terlebih dahulu dalam kalangan peminat sebelum ini menerusi media sosial.

“Tentu saja Jay Idzes sebagai kapten, untuk saat ini tidak ada yang perlu diubah. Dia masih kapten pasukan. Dan dalam beberapa minggu ke depan saya ada kesempatan untuk melihat potensi pemain tempatan di saingan domestik Liga Indonesia,” ulas Kluivert menerusi perkongsian Bola.com.

Apa tidaknya, Kluivert merupakan jurulatih baharu Sang Garuda dan sudah tentu beberapa perubahan bakal dilakukan beliau bersama skuad tersebut.

Namun, pemilihan Kluivert buat Idzes selaku kapten utama Indonesia rata-rata dipersetujui peminat ekoran kualiti kepimpinan ditampilkan beliau bersama Sang Garuda sebelum ini.

Sejak penyertaan beliau bersama Sang Garuda sejak awal tahun lalu, Idzes sudah mencipta sembilan penampilan secara keseluruhan serta turut meledak gol ketika bertemu Vietnam di gelanggang lawan.

Idzes juga mula memegang peranan selaku kapten pasukan sewaktu Indonesia menentang Arab Saudi pada bulan Mei tahun lalu dan mencipta lima penampilan keseluruhan selaku pemimpin pasukan.

Kualiti permainan daripada tonggak warisan itu jelas tidak dapat diragui apabila beliau turut menjadi salah seorang pemain utama di pentas Serie A bersama Venezia.

Bersama Venezia musim ini, pemain berusia 24 tahun itu sudah mencipta 19 penampilan serta turut meledak dua gol walau beraksi di posisi pertahanan tengah.

Lebih manis, salah satu gol Idzes musim ini berlaku ketika Venezia mengikat Juventus seri 2-2 pada persaingan liga untuk menewaskan penjaga gol Itali, Michele Di Gregorio.

Pada masa sama, calon kapten lain yang boleh diharapkan bersama Indonesia sudah tentu terarah kepada Asnawi Mangkualam yang terdahulu beberapa kali diberi peranan selaku pemimpin pasukan.

Apapun, Indonesia kini sedang mencipta persiapan rapi untuk menjadi salah satu wakil Asia Tenggara yang akan bermain di kejohanan Piala Dunia 2026 bawah kepimpinan Kluivert.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN