Wolverhampton Wanderers tampak semakin serius untuk bersaing hebat dalam kempen Liga Perdana Inggeris 2019/20 sekaligus menyinar di pentas Liga Europa apabila berjaya membawa masuk penyerang muda AC Milan, Patrick Cutrone ke Molineux Stadium.
Penyerang berusia 21 tahun itu dikhabarkan menandatangani kontrak selama empat tahun dan menjadi rekrut kedua buat Wolves selepas Jesus Vallejo dipinjamkan dari Real Madrid.
Perpindahan Cutrone yang telah menghabiskan 12 tahun bersama kelab terkenal Itali itu dilaporkan bernilai hampir £20 juta.
Mengulas mengenai langkah baharu dalam karier bola sepak beliau, Patrick Cutrone jelas tidak dapat menyembunyikan keterujaannya dan mengakui tidak sabar untuk membuktikan kualiti dimiliki.
”Saya sangat gembira untuk berada disini kerana kelab benar-benar memerlukan khidmat saya. Saya sangat gembira dan ingin memberikan segalanya buat pasukan.”
”Kelab sangat menginginkan saya dan dapat bermain dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama Wolves adalah sesuatu yang hebat. Saya tidak sabar untuk bermula.”
3 – Patrick #Cutrone is the third youngest player to score 10+ goals in a single Serie A campaign with #ACMilan (20 years and 137 days in 2017/18 with 10 goals), after Gianni Rivera in 1961/62 and Alexandre Pato in 2008/09. Talent. pic.twitter.com/0NilFy0HLG
— OptaPaolo (@OptaPaolo) July 27, 2019
”Saya datang kesini adalah untuk bermain bola sepak. Saya tidak sabar menuju ke padang untuk beraksi.”
”Anda tidak boleh berhenti daripada belajar dan saya ke sini untuk mempelajari perkara baharu tetapi saya pasti akan memberikan segalanya buat pasukan.”
Patrick Cutrone berjaya menjaringkan 27 gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan dalam 90 penampilannya bersama AC Milan pada dua musim terakhir.
Kredit foto: ilmilanista.it