Patrick Cutrone Kongsi Dilema Pemain Muda Itali Yang Dianaktirikan Di Negara Sendiri

Bekas pemain AC Milan, Patrick Cutrone menyatakan beliau lega kerana meninggalkan AC Milan dalam jendela perpindahan kali ini dengan menyertai Wolves dengan perpindahan bernilai £20 juta.

Menurut Cutrone, pasukan-pasukan di Itali sentiasa mengutamakan pemain luar berbanding bakat tempatan.

Walaupun sudah bersama AC Milan sejak 12 tahun yang lalu, Cutrone tidak yakin peluang untuk pemain beliau akan tiba. Lebih-lebih lagi apabila Milan membawa masuk Rafael Leao.

Cutrone merupakan produk daripada akademi Milan dan menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan pada musim cemerlang beliau pada 2018/18.

Cutrone menyatakan, apa yang berlaku kepada beliau dan Moise Kean adalah cerminan kepada bola sepak Itali.

Banyak pasukan tidak begitu percaya untuk membangunkan bakat-bakat muda tempatan mereka. Kecualilah pemain itu sudah stabil dan mencapai ‘peak’ barulah mereka menjadi pemain utama.

Jadi, Cutrone kecewa kerana, banyak pasukan lebih sabar dan memberikan kepercayaan kepada bakat muda dari luar, walaupun mereka bergelut dengan prestasi. Layanan itu sukar untuk diterima pemain tempatan Itali.

Kecualilah mereka bakat istimewa seperti Gianluigi Donnarumma. Bahkan pemain seperti Moise Kean, dan Cutrone yang memiliki ratio gol yang baik, pun masih gagal untuk mendapat lebih kepercayaan.

“Saya dan Kean ke EPL? Ini cerita yang sama sejak dahulu. Di Itali para pemain luar sentiasa menjadi pilihan lebih daripada kami,” tegas Cutrone kepada Gazzetta Dello Sport.

CAGLIARI, ITALY – APRIL 02: Moise Kean of Juventus celebrates his goal 0-2 during the Serie A match between Cagliari and Juventus at Sardegna Arena on April 2, 2019 in Cagliari, Italy. (Photo by Enrico Locci/Getty Images)

Beliau mengakui, satu cabaran untuk pemain muda seperti beliau cuba hidup di tempat orang.

“Untuk pemain pada usia 20-an seperti kami, ianya sukar. Dalam kes saya, saya mahu mencapai sesuatu. Namun saya sentiasa berterima kasih ke atas Milan, di atas apa yang mereka pernah berikan kepada saya.”

“Saya jenis yang tak suka tinggal di hotel. Jadi, saya sudah dapat rumah, dan ada beberapa kawan baik saya menemani saya di sini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN