Kelibat Evra Bersama Ed Woodward & David Gill Cetus Spekulasi

Untuk tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut membabitkan Manchester United, kelibat Patrice Evra telah dilihat bersama pengerusi eksekutif kelab, Ed Woodward.

Sebenarnya ia perkara biasa buat bekas pemain hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Bermula dengan kunjungan ke West Ham, Evra dilihat hadir di London bersama Woodward. Ia mungkin kebetulan kedua-dua individu itu hadir bersama untuk menyaksikan perlawanan.


Lagipun Evra beraksi untuk West Ham dengan kontrak singkat pada musim lalu.

Kedua-duanya kemudian dilihat berada di Old Trafford ketika skuad kendalian Jose Mourinho bangkit dari ketinggalan dua gol untuk menang 3-2 ke atas Newcastle United.

Spekulasi pemecatan Mourinho bertiup kencang sebelum perlawanan.

Manchester United dilihat akan mengekalkan Mourinho, jika bibit-bibit positif termasuk keputusan seri di Chelsea berterusan.

Jadi mustahil Evra dilihat sebagai bakal pengganti kepada pengendali dari Portugal itu. Dan jika Mourinho bakal dipecat, mustahil bekas bek kiri itu akan mengambil alih tempat Mourinho.

Dalam perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge, kelibat kedua-dua individu, Evra dan Woodward dilihat sekali lagi bersama.


Lebih serius, kedua-duanya disertai oleh David Gill, bekas Ketua Pegawai Eksekutif yang mahir dengan selok belok perpindahan pemain di kelab tersebut ketika era sebelum keluarga Glazer tiba di Old Trafford.

Tiga perlawanan Evra dan Woodward dilihat bersama? Adakah ianya masih kebetulan?

Rata-rata penyokong Manchester United percaya ianya bukan kebetulan. Malah mereka percaya sesuatu sedang berlaku di sebalik tabir yang mengundang kedua-dua individu sering dilihat bersama.

Sebahagian dari penyokong berpendapat Evra adalah calon pilihan kelab untuk menjadi pengarah sukan pertama kelab bola sepak tersebut.


Manchester United sedang berada dalam proses untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut, dan beberapa nama besar telah dikaitkan dengan kelab tersebut sejak beberapa bulan yang lalu.

Monchi, Fabio Paratici dan Edwin Van der Sar adalah antara nama yang berada dalam senarai spekulasi untuk ke Old Trafford sebagai pengarah sukan.

Namun sejak Evra sentiasa bersama Woodward sejak beberapa perlawanan ini, ada di kalangan mereka percaya Evra bakal kembali menyertai United untuk jawatan tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman dari Manchester United mengenai Evra.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN