Pasukan Yang Gagal Lengkapkan Dokumen Pendaftaran Dikenakan Denda Kewangan

Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mendedahkan semua pasukan yang mendapat peluang kedua untuk melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga M) dikenakan denda keseluruhan berjumlah RM9 juta.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam kepada Berita Harian ketika diminta mengulas mengenai hukuman pemotongan mata kepada 10 pasukan yang terlibat.

Kevin turut menjelaskan ada 2 bentuk hukuman yang dikenakan dan denda itu boleh dikurangkan jika ada rayuan daripada setiap pasukan terbabit dalam tempoh 14 hari.

“Ada dua bentuk hukuman kepada pasukan terbabit kerana ada dua kesalahan berbeza. Pasukan yang lewat menghantar dokumen dikenakan hukuman penangguhan pemotongan mata dan juga denda kewangan, manakala pasukan yang gagal menghantar dokumen yang lengkap dikenakan hukuman penangguhan pemotongan mata, denda kewangan dan sekatan perpindahan pemain baru sehingga isu ini selesai.

“Bagi pasukan Liga Super, mereka dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta, manakala pasukan Liga Perdana RM500,000.

“Bagaimanapun, denda ini mungkin dikurangkan berdasarkan rayuan yang dibuat. Andai gagal menjelaskan denda, bayaran boleh dibuat menerusi pemotongan geran tahunan,” katanya kepada pemberita.

Empat pasukan daripada Liga Super yang dikenakan hukuman itu ialah Kelantan, Kuala Lumpur, Selangor dan PKNS FC dan dikenakan denda sebanyak RM1.5 juta.

Enam pasukan daripada Liga Perdana pula ialah Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, MIFA serta UKM FC dan mereka dikenakan denda sebanyak RM500,000 atas kesalahan yang sama.

Sumber: FMLLP, Facebook.

Sebelum ini laman facebook FMLLP mengumukan enam pasukan iaitu Kelantan, Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan, PDRM gagal melengkapkan dokumen pendaftaran, manakala Selangor, PKNS, MIFA dan UKM pula menghantar dokumen pendaftaran selepas tarikh akhir 3 Februari lalu.

10 pasukan ini menarik nafas lega apabila FMLLP memberi tempoh 14 hari untuk melengkapkan dokumen pendaftaran Liga Malaysia.

Menurut Kevin, hukuman pemotongan enam mata akan dikenakan ke atas pasukan yang gagal melengkapkan dokumen pendaftaran, manakala pasukan lewat menghantar dokumen pula tiga mata.

“Hukuman ini ditangguhkan kerana matlamat kita bukan untuk bertindak kejam kepada pasukan dengan memotong mata. Pasukan berkenaan tidak akan dikenakan hukuman pemotongan mata jika mereka melengkapkan dokumen, tidak melanggar sebarang peraturan sepanjang musim.

“Kita tangguhkan dulu hukuman ini kerana sekarang mereka sudah tahu akibatnya jika mereka masih gagal melengkapkan dokumen atau melanggar peraturan sehingga tarikh akhir pendaftaran musim 2019, Disember nanti,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN