Ini adalah statistik permulaan terburuk dalam 4 perlawanan pertama Liga Super.
Permulaan buruk skuad Pulau Pinang musim ini memang meresahkan penyokong mereka. Persoalannya, adakah skuad mereka yang paling teruk dalam sejarah Liga Super sejak ia dijenamakan pada 2004?
Berikut adalah 4 pasukan yang tewas kesemua 4 perlawanan pertama Liga Super sejak 2004. Kami susun mereka berdasarkan rekod paling buruk.
Ia mengambil kira perbezaan jaringan yang direkodkan oleh pasukan-pasukan tersebut.
1. Sarawak 2007/08
Ini mungkin antara rekod terburuk dalam sejarah pasukan Sarawak. Ia juga rekod terburuk dalam Liga Super untuk 4 perlawanan pembukaan.
Sehinggakan Badan Pencegahan Rasuah menyiasat pemain-pemain Sarawak kerana dikhuatiri terlibat dengan bookie.
2 perlawanan pertama sahaja mereka masing-masing tewas 4-0 dan 4-1 di tangan PDRM dan Terengganu.
Paling teruk adalah dibelasah dalam Derbi Borneo. Tewas 5-1 di tangan Brunei DPMM.
Sarawak gagal menang mana-mana 4 perlawanan.
Tewas keempat-empat peralawanan dengan dibolosi 15 kali. Mereka hanya mampu menjaringkan 2 gol dalam 4 perlawanan pertama.
Menjadikan perbezaan jaringan mereka adalah -13. Mereka mengakhiri rekod 4 kekalahan dengan menang 1-4 menentang UPM My-Team pada perlawanan ke-5.
Pada akhir musim mereka tersingkir ke Liga Premier.
2. Sime Darby 2015
Di ranking kedua terburuk untuk permulaan 4 perlawanan dalam Liga Super adalah pasukan Sime Darby pada 2015.
Mereka tewas 4 perlawanan pertama dengan hanya mampu menjaringkan 1 gol. Jumlah yang sama dengan kad merah mereka dalam 4 perlawanan.
Di belakang gol mereka bocor sebanyak 9 kali dalam 4 perlawanan pertama. Perbezaan jaringan mereka dalam tempoh tersebut adalah -8.
Mereka seri perlawanan ke-5 mereka menentang JDT. Mereka hampir menang perlawanan tersebut namun Junior Eldstal menyelamatkan JDT.
Pada akhir musim mereka tersingkir ke Liga Premier.
3. PDRM FA 2009
Mereka tewas 4 perlawanan awal. Dengan hanya mampu menjaringkan 2 gol dan dibolosi 9 kali.
Mereka mendapat mata pertama pada pusingan ke-12 menentang Negeri Sembilan. Pasukan ini tersingkir pada akhir musim liga.
4. Sarawak 2006/07
Sarawak sekali lagi berada dalam senarai untuk rekod terburuk permulaan 4 perlawanan.
Pada 2007, skuad Bujang Senang tewas kesemua 4 perlawanan awal. Tewas dengan kedudukan 2-1 dalam 2 perlawanan pertama menentang Perak dan JDT.
Pada perlawanan ke-3 mereka dikalahkan oleh Pulau Pinang dengan kedudukan 3-0. Mereka cuba bangkit di Shah Alam dalam perlawanan ke-4.
Namun tewas sekali lagi di tangan Selangor. Mereka mencatatkan perbezaan jaringan -6.
Mereka mengakhiri 4 kekalahan dengan seri perlawanan ke-5 menentang Perlis. Mereka terselamat daripada penyingkiran namun musim berikutnya anda boleh kembali ke bacaan no.1.
5. Pulau Pinang 2017
Pulau Pinang musim 2017 menjadi pasukan ke-4 terburuk dalam sejarah memulakan 4 perlawanan pertama.
Harimau Kumbang kalah kesemua 4 perlawanan dengan tanpa sebarang gol direkodkan sepanjang proses tersebut.
Menjadikan mereka satu-satunya pasukan dalam senarai ini yang gagal menjaringkan sebarang gol.
Namun mereka hanya dibolosi 5 kali membolehkan mereka lebih baik daripada skuad Sarawak 2008 dan Sime Darby 2015.
Ini keranan perbezaan jaringan mereka hanya -5. Jadi, anda sudah tahu bahagian mana yang lebih bermasalah. Pertahanan ataupun serangan.
Ini kerana ada 5 lagi pasukan musim ini yang bolos lebih banyak daripada mereka pada 4 perlawanan pertama. 2 daripadanya berada dalam 4 teratas.
Mereka masih ada perlawanan penting untuk mengelak menjadi pasukan pertama tewas 5 perlawanan pembukaan sejak 2009.
Rumusan
Tewas 4 perlawanan berturut-turut bukan petanda yang baik untuk mana-mana pasukan. Namun kami berharap skuad Pulau Pinang dapat mengakhiri badi kekalahan mereka dalam perlawanan seterusnya.
Ianya tugas berat kerana lawan mereka adalah Pahang. Mereka perlu memperkemas aspek serangan pasukan mereka.
Baca juga: TMJ Mengaku JDT Silap Beli Pemain, Mahu Peminat Beri Benjamin Mora Masa