Pasukan Simpanan Terengganu FC II Bakal Dibubarkan?

Baru-baru ini media tempatan melaporkan pasukan ‘feeder club’ (pasukan simpanan), Terengganu FC II (TFC II) kemungkinan akan dibubarkan selepas  tersingkir ke saingan Liga FAM musim depan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGOTerengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata kerajaan negeri belum membuat keputusan sama ada untuk terus mengekalkan skuad menghadapi persaingan dalam liga FAM musim depan.

Katanya, mesyuarat dan perbincangan bagi menentukan kedudukan serta nasib pasukan TFCII untuk mengharungi cabaran musim depan akan dilakukan secara terperinci.

“Saya secara peribadi mengakui pasukan itu mempunyai pemain yang setaraf dengan pemain beberapa pasukan Liga Super, sebab itulah sebelum sebarang tindakan dilakukan, kita perlu mengambil kira pelbagai sudut terutamanya mencari punca utama sehingga menyebabkan skuad yang bakal dibimbing Tengku Hazman Raja Hassan tersingkir ke persaingan Liga FAM musim depan.

“Saya menerima banyak aduan termasuklah tindakan PBSNT tidak membenarkan skuad TFCII bersaing dalam Liga Super musim lalu walaupun pasukan itu layak,” katanya.

Walaubagaimanapun, pembubaran TFC II itu mendapat bantahan keras daripada ketua jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim.

“Usah bubar pasukan TFC II (Terengganu FC II), saya tidak setuju dan menolak sekeras-kerasnya kerana bagi saya Terengganu adalah antara satu kilang pengeluar pemain berpotensi, bukan saja kepada pasukan negeri malah dalam skuad kebangsaan.

“Jika Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kekal dengan pendirian itu, ia satu kerugian besar dalam sukan bola sepak di negeri ini,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Terengganu FC II kini dibimbing oleh Tengku Hazman Raja Hassan. FOTO: TFC

Irfan turut berpendapat langkah untuk membubarkan skuad nombor dua negeri berkenaan bukanlah keputusan yang tepat walaupun skuad itu pamer kemerosotan prestasi.

“Saya akui terkejut mendengar berita itu (TFC II akan dibubarkan), harapan saya masih ada ruang perbincangan dan langkah terbaik untuk menyelamat pasukan itu daripada terus terkubur memandangkan bakat yang ada pada anak muda di negeri ini khususnya dalam sukan bola sepak agak ramai.

“Bagaimanapun saya mencadangkan skuad itu nanti haruslah mempunyai pengurusan yang tersusun dan betul serta serah kepada orang bola sepak yang mengendalikannya, kerana bagi saya ramai bekas pemain bola sepak tersohor adalah lahir dari negeri ini.

“Jadi, saya harap kerajaan negeri atau PBSNT memikirkan semula perkara itu kerana impaknya cukup besar dalam melahirkan ramai pemain berbakat yang seterusnya dapat membantu pasukan negeri dan negara,” katanya yang menyatakan skuad itu nanti haruslah mempunyai pemain mengikut had umur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN