Pasukan Perubatan Antara Faktor Kejayaan Sesebuah Pasukan

luke syamer

Setiap pasukan bola sepak profesional seharusnya mempunyai pasukan perubatan atau ahli fisioterapi yang terbaik selain faktor fasiliti pemulihan pemain yang memainkan peranan sangat penting buat mereka.

Ini yang ada di kebanyakkan kelab terbaik di dunia apabila pemain mereka mengalami kecederaan dan terpaksa berehat panjang sekali gus akan merugikan pasukan dalam memburu kemenangan. Namun dengan adanya pasukan perubatan yang terbaik, maka masalah ini dapat diselesaikan dengan pantas.

Adakalanya kecederaan itu membuatkan pemain harus berehat panjang berbulan-bulan lamanya atau beberapa minggu. Namun bagi pasukan elit, ini bukan isu besar kerana mereka mempunyai kelengkapan yang secukupnya untuk memendekkan tempoh kecederaan itu.

Bagi sesetengah pasukan yang tiada fisioterapi terlatih apatah lagi fasiliti rawatan pemulihan, pasti akan merugikan pasukan dan jika pemain tersebut antara pemain utama, ia akan menganggu perancangan taktikal dalam perlawanan akan datang.

Kita lihat beberapa contoh pemain terbaik dunia yang pernah menghadapi kecederaan serius seperti Luke Shaw, patah kaki sementara Zlatan Ibrahimovic pula alami masalah lutut yang serius.

Ikutkan perubatan biasa, pemain ini harus berehat dalam satu tempoh jangka panjang namun disebabkan kecanggihan teknologi yang ada di kelab mahupun di tempat mereka, ia membolehkan pemain tersebut kembali semula bermain lebih cepat dari masa yang diberikan.

Maka tidak menghairankan jika kita melihat terdapat pemain dari Eropah kembali beraksi selepas mengalami kecederaan serius.

Malahan, pemulihan kecederaan mereka juga jauh lebih baik jika ingin dibandingkan dengan liga kita.

Di Liga Malaysia (Liga M), hanya ada beberapa pasukan sahaja yang mempunyai sentuhan magis ini antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT).

Melihat fasiliti yang mereka sediakan kepada pasukan sudah cukup untuk menjawab persoalan kenapa pemain mereka begitu pantas kembali cergas selepas disahkan alami kecederaan.

Dengan sistem teknologi terkini selain mempunyai fisioterapi terbaik di dalam pasukan menjadi faktor kejayaan dalam menghadapi masalah tersebut.

Contohnya seperti Syamer Kutty Abba yang alami kecederaan serius di bahagian lutut pada Julai tahun lepas dan ini membuatkan JDT terpaksa menghantar beliau ke Sepanyol untuk melakukan pembedahan dengan pakar di sana.

Tidak sampai setahun, pemain berusia 27 tahun ini telah kembali membuat kemunculan di Liga M termasuk bersama skuad kebangsaan.

Disebabkan itu, tidak menjadi terlalu hairan jika pemain mereka yang disahkan mengalami kecederaan dapat kembali cergas dalam masa begitu pantas dek kerana rawatan berkelas dunia yang ada di JDT.

Begitu juga dengan beberapa pasukan di Liga M, mungkin mereka tiada kecanggihan peralatan seperti Harimau Selatan namun pasukan fisioterapi mereka juga antara yang terbaik di Malaysia.

Buktinya, pemain yang alami kecederaan dalam perlawanan tertentu dan selepas itu, mereka dapat membuat kemunculan selaku pemain utama dalam perlawanan seterusnya.

Ini merupakan satu keberuntungan dalam pasukan tersebut.

Konklusinya, pasukan perubatan dan fisioterapi merupakan elemen paling penting di dalam pasukan selain kecanggihan teknologi terkini dalam membantu memulihkan kecederaan pemain kerana ini akan membezakan satu pasukan dengan pasukan yang lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN